Nik Abdul Aziz Nik Mat
dalam kenyataan media pada 17 Januari 2013 berpendapat isu kalimah Allah
s.w.t telah pun selesai berikutan keputusan Majlis Syura Ulama PAS
empat hari sebelumnya menolak penggunaan kalimah suci itu dalam kitab
Bible versi Bahasa Melayu.
Jika Menteri Besar
Kelantan itu terus beranggapan sedemikian, namun realiti semasa tidak
pun memihak kepada kehendaknya itu sementelah lagi Pakatan Rakyat (PR)
tetap utuh dengan pendirian rasminya yang dicapai pada 8 Januari 2013.
Masih segar dalam ingatan
ramai, pada tarikh tersebut PR yang turut dianggotai PAS selepas
selesai mesyuarat Majlis Pimpinan gabungan itu telah sebulat suara
bersetuju membenarkan kalimah suci Allah s.w.t diguna pakai dalam kitab
Bible.
Malah sehari selepas PR
memuktamadkan pendirian mereka, Nik Aziz sendiri menyatakan sokongan
terbuka sambil menyifatkan keputusan PR itu akan membuka ruang dakwah
Islam kepada penganut agama lain.
Paling penting,
persetujuan PR itu juga adalah penegasan ulangan bagi keputusan bersama
yang pernah mereka capai pada tahun 2010 yang bukan sahaja disokong oleh
PAS, tetapi juga turut dukungan kuat daripada Nik Aziz.
Walaupun sekarang PAS
cuba menonjolkan pendirian baru parti itu dengan bersandarkan keputusan
rasmi dari Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari 2013, hakikatnya ia
tidak pun mengubah pendirian rasmi PR.
Ini bermakna gesaan
Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berterusan mendesak PAS mematuhi
persetujuan bersama sebelum ini mempunyai merit yang tidak boleh
dipertikaikan kerana selagi PAS kekal bersama PR, selagi itulah PAS
perlu patuh pada keputusan yang telah menjadi dasar rasmi PR.
"PR adalah sebuah
organisasi yang besar (dianggotai DAP dan PKR) manakala Majlis Syura
hanya terdiri daripada PAS. Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini
belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya," demikian kata pemimpin
veteran DAP itu sekaligus menafikan kenyataan awal oleh Mursyidul Am
PAS.
Apa yang diperkatakan
oleh Karpal itu memang benar. Soal Majlis Syura Ulama PAS telah membuat
pendirian berbeza dengan PR tidak pun menjejaskan dasar PR yang secara
rasminya telah menyokong penggunaan kalimah suci Allah s.w.t oleh orang
bukan Islam untuk dimasukkan dalam kitab Bible.
Disebabkan berpegang
teguh pada asas itulah hingga saat ini PR kekal dengan pendirian
asalnya, tidak tergugat dengan tindakan drastik PAS yang telah mengubah
pendiriannya. Sekaligus membuktikan keputusan Majlis Syura Ulama PAS
tidak memberi sebarang impak dalam menentukan hala tuju gabungan
tersebut.
Justeru itu, Nik Aziz
mahupun PAS sendiri tidak layak untuk mendabik dada mengumumkan isu
kalimah Allah s.w.t telah selesai sepenuhnya. Dalam tempoh singkat
menjelang PRU 13 ini, isu kesucian kalimah Allah s.w.t yang cuba dinodai
PR akan terus menghantui PAS.....
No comments:
Post a Comment