Followers

rantau ku sayang

Monday, February 11, 2013

Taruk Cili Sikit : Kita mata dan telinga kaki dan tangan pemimpin tertinggi dan bukan bayang bayang mereka !!

Susah macam ini kalau tak faham tugasan dan tanggungjawab masing masing. Pengikut parti yang pasang bendera yang tampal poster yang sediakan bilik gerakan yang bawa lori yang bawa kereta , motor yang pasang lampu dan yang pasang pembesar suara, ketua cawangan , ketua bahagian , wakil rakyat , ketua pemuda , ketua puteri , ketua wanita  sebenarnya jasa dan sumbangan mereka kepada parti semua sama besar dan nilainya dengan pemimpin parti.

Mereka ini mata dan telinga , kaki dan tangan  kepada pemimpin tertinggi untuk turun kebawah dan meralisasikan hasrat parti. Mereka inilah jentera parti yang  menyampaikan hasrat parti dan jika semuanya memainkan peranan yang betul pastinya Barisan Nasional akan berjaya mencapai kemenangan yang besar.
Punahnya sesebuah parti apabila pemimpin pemimpin ini dan sistem parti berkenaan hancur akibat segelintir mereka mereka yang hanya mahu dilihat bekerja wal hal mereka hanya mahu dilihat bekerja oleh ketua mereka sahaja. Mereka hanya akan nampak sibuk di program program ketua mereka hadir untuk bertemu rakyat.

Pemimpin pemimpin kecil dilahirkan untuk membangtu pemimpin kecil melaksanakan  amanah dan tugasan yang perlu sampai ke akar umbi dan bukan hanya untuk jadi bayang bayang.

Jika kita adalah pemimpin kecil yang berperanan  untuk menggerakkan jentera jentera dibawah kita bagi memastikan apa yang diarahkan oleh ketua kita sampai dan difaham oleh jentera bawah kelolaan kita pula. Jika kita yang tidak memahamkan jentera dan bersama sama mereka untuk memahami mereka, mereka (Jentera) juga tidak akan bersama kita sewaktu kudrat mereka kita perlukan. Jangan lah hanyahadir sewaktu ketua kita ada saja kerana rakyat bijak menilaikan nya.

Budaya ini sudah lama wujud . Budaya mengekori pemimpin mana saja sudah lama wujud. Pemimpin ada tugas , mereka ini seolah tak ada apa apa mahu dilakukan melainkan hanya mengekori pemimpin..Berilah peluang untuk rakyat bertemu dengan pemimpin pula. Jalankan tugas kita dengan ikhlas demi parti untuk agama dan bangsa. Hidup Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment