Followers

rantau ku sayang

Sunday, May 5, 2013

CEMAS!!! HELIKOPTER TERBALIK - HISHAM DAN KELUARGA SELAMAT

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama keluarga terselamat selepas helikopter yang mereka naiki terbalik akibat angin kencang di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi, hari ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan kejadian itu dalam sidang media di Bukit Aman di sini, berkata kesemua mereka iaitu isteri, anak dan menantu Hishammuddin selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tengah hari ini.
Beliau berkata helikopter sewa milik syarikat swasta itu terbalik selepas mendarat berikutan angin kencang melanda kawasan itu.
“Hishammuddin menaiki pesawat itu untuk datang ke Kuala Lumpur setelah pulang mengundi di Johor,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.
Hishammuddin bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong, Johor, pada pilihan raya umum ke-13.
Bernama

Habis , anak India dengan anak mamak dituduh pengundi hantu

Habis mamak , anak India kat Malaysia dikatakan sebagai pengundi hantu. Sian mereka ini dihina oleh Pakatan Rakyat baca sini

Blogger Pakatan Rakyat Jangka Pakatan Akan Kalah

Red Bean Army - DAP CyberTroopers Semalam laman ini melaporkan Barisan Nasional dijangka menang 144 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum yang akan diadakan pada Ahad ini. Jika jumlah ini menjadi kenyataan bermakna kerajaan pimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kekurangan 4 kerusi untuk mendapat majoriti 2/3 dalam Parlimen. (Lihat sini)

Hari ini portal berita yang menjadi alat Parti Keadilan Rakyat dan DAP membelasah Pas mengakui mereka akan kalah dalam pilihan raya ini dengan hanya mampu mendapat 76 kerusi parlimen sahaja.


MAKLUMAT terkini dari bilik perang (war room) Pakatan Rakyat di Tropicana dan perisikan tentera menunjukkan BN akan menang dengan 146 kerusi parlimen berbanding Pakatan Rakyat 76 kerusi.
 Laporan dari beberapa bilik perang Pakatan Rakyat yang lain seperti di Pulau Pinang dan Jalan Raja Laut juga, tidak menunjukkan banyak perbezaan.

 Berdasarkan pengalaman lepas, laporan perisikan seumpama ini mempunyai margin tambah tolak (plus/minus) antara 5% – 10%.

 Walaupun BN masih gagal mencapai sasaran untuk mendapatkan majoriti 2/3 di Parlimen, tapi yang nyata, Pakatan Rakyat juga masih gagal untuk menawan Putrajaya dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

 Dari jumlah tersebut, DAP menang 38 kerusi dari 51 kerusi yang ditandingi mereka – peningkatan 10 kerusi berbanding pilihanraya umum 2008. Kerusi PAS pula susut kepada 21 kerusi, berbanding 23 kerusi pada 2008, manakala yang paling teruk terjejas ialah PKR yang hanya menang di 17 kerusi parlimen, hampir separuh kurang berbanding keputusan 2008 (31 kerusi).

 Laporan ini menepati ramalan banyak pihak sebelum ini bahawa BN akan berjaya mengekalkan Putrajaya buat tempoh sepenggal lagi. Dengan tempoh berkempen tamat tepat jam 12 tengah malam ini, tidak banyak yang dapat dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk menaikkan lagi peluang kemenangan.

Dari apa yang kami difahamkan, banyak isu-isu saat akhir yang menyumbang kepada kekalahan Pakatan Rakyat kali ini, antaranya tindakan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din kelmarin yang membangkitkan soal perlaksanaan hudud. Selain itu, gesaan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez agar penyokong DAP tidak mengundi PAS juga, memberi kesan yang agak mendalam.
http://suarapakatanrakyat.com/?p=21363

Saturday, May 4, 2013

SEBARKAN SEGERA - Terang-Terang DAP Tulis Mahu Hapuskan Keistimewaan Bumiputra

Tengah malam tadi ketika memandu di depan Angkasapuri, tiba-tiba di laluan bertentangan saya melihat lebih kurang 100 buah kereta berarak mengibarkan bendera DAP. Berderet semuanya bendera DAP. Ada yang satu kereta sampai 4 bendera pun ada. Menyirap darah oooo....
Bila lihat keadaan begitu teringat pula gambar-gambar yang biasa dilihat yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969. Begitulah cina-cina DAP berarak keliling KL dan Selangor untuk menyapu dan menghalau melayu. 
Dua hari lepas saya ada tulis artikel berkenaan dengan seorang pemimpin DAP yang menghina PM dengan berkata otak PM sebesar otak cicak. Lihat sini
Ada seorang pembaca hantar komen yang meminta pembaca melihat polisi DAP yang disiarkan di laman web mereka. Semakan yang saya lakukan memang benar seperti apa yang dihantar. 
Sekali lagi darah aku jadi menyirap bila membaca Visi dan Misi DAP yang disiarkan di laman web mereka. 
Tanpa ada rasa takut, tanpa ada rasa bersalah, terang-terang mereka kata hendak menghapuskan keistimewaan bumiputra. 


Abolition of the division of "bumiputra" and "non-bumiputra" and the implementation of ethnic equality.
Menghapuskan pembahagian bumiputra dan bukan bumiputra, dan perlaksanaan sama rata untuk semua etnik.

Anda lihatlah sendiri di link ini  http://dapmalaysia.org/newenglish/au_vm_pp.htm

Boleh dikatakan setiap hari ada iklan Lim Guan Eng yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian yang berbunyi, bukan anti melayu, bukan anti islam, cuma anti rasuah.

Bukan anti melayu apa ke bendanya kalau nak hapuskan keistimewaan bumiputra ?


Saya pun hairan bagaimana Sinar Harian yang mengaku sebuah syarikat bumiputra boleh siarkan iklan berkenaan di akhbarnya tanpa mereka menyedari perjuangan DAP untuk menghapuskan keistimewaan bumiputra ?
Kepada rakyat Malaysia, masa masih ada untuk anda buat keputusan. Bukti apa agenda yang DAP hendak lakukan kepada kaum bumiputra telah jelas terbentang depan mata anda sekarang. Jangan sesekali beri undi kepada DAP, PAS dan PKR jika tidak mahu segala keistimewaan bumiputra dihapuskan. 
Pas boleh kata mereka akan jaga keistimewaan bumiputra. Jangan percayakan Pas....Mereka nak jaga kalimah Allah pun tak boleh hingga terpaksa bersetuju dengan DAP. Perjuangan negara islam mereka sendiri pun mereka gugurkan, bagaimana mereka nak jaga kita ?
Kepada sahabat seperjuangan di alam cyber, kita ada masa sikit lagi, tolong sebarkan perkara ini semaksimum mungkin sebelum orang ramai keluar mengundi esok. Biar orang ramai jelas dengan perjuangan DAP yang mahu menghapuskan hak istimewa orang melayu  dan mereka bersama-sama dengan kita mempertahankan keistimewaan bumiputra daripada dirobek DAP. 
Sesiapa yang ada printer tolong print page berkenaan daripada laman web DAP sebagai bukti. Kita jangka mereka akan buang perkara tersebut jika keadaan kecoh.

LOKE SIEW FOOK HINA ISLAM DAN SKANDAL TERPANAS DENGAN ISTERI ORANG!! #PRU13 #GE13

Aku tak faham kalau korang panggil diri korang Islam dan korang nak sokong orang yang hina Islam. Korang tenguk apa yang kau jumpa ini. Loke menulis di sebuah laman blognya yang telah dipadamkan. Namun Loke mengakui baca sini.

Ya, memang saya mengeluarkan satu kenyataan beberapa hari lepas untuk mengutuk seorang penulis dalam Utusan Malaysia yang bernama Mohd Ridhuan Tee berkenaan dengan isu apa yang dikatakan olehnya sebagai "anak luar nikah" Teoh Beng Hock. Saya merasakan tulisannya cukup tidak sensitif terhadap perasaan keluarga Beng Hock dan tidak adil terhadap bayinya yang tidak berdosa. Yang pertama, Beng Hock bukan seorang penganut Islam dan beliau tidak tertakluk kepada hukum agama Islam. Saya tidak mempertikaikan hukum agama Islam tetapi adalah tidak adil untuk Ridhuan Tee untuk mengenakan "moral judgement" ke atas Beng Hock.
Malangnya Loke tidak tulis apa sebenar yang di kutuk terhadap Riduan Tee :




Inilah yang ditulis oleh loke terhadap Ridhuan Tee. "Has everything be reduced to your fucking Religion (ia itu Islam) Baca ini juga . 

Kalau ini sememangnya dikatakan oleh Loke Siew Fook dan kamu smeua masih mahu
memangkah DAP , eloklah jangan mengaku diir itu Islam. Allah akan melaknati sokongan anda.

SKANDAL LOKE DENGAN BINI ORANG

Lagi satu : BENARLAH SATU PENDEDAHAN APABILA WONG MEI MEI DIKATAKAN TIDAK AKAN BERTANDING LAGI MEMPERTAHANKAN KERUSI NYA KERANA ADA SKANDAL DENGAN LOKE SEIW FOOK , INI JAHAT.......

KORANG BACA LAH SENDIRI : KLIK KAT SINI :

KORANG FIKIRLAH SENDIRI KALAU MASIH NAK SOKONG ORANG INI YANG KONONNYA  TOLONG ISLAM PERTAHANKAN PAS DAN NIK AZIZ.
KORANG DAH BESAR BESAR SEMUANYA : PIKIRLAH......




Friday, May 3, 2013

Roketkini Vs Makcik Cili


gambar keluarga gila
Makcik Cili tertarik untuk menulis dan menjawab serta menyoal kembali kepada kenyataan bekas ADUN Bahau ni.

Roket Kini: Sebagai ADUN Bahau, bagaimana penerimaan pengundi, penduduk di sana?

Teo Kok Seong: Berbanding sebelum 2008 saya akui ada sedikit kesukaran. Tapi sekarang tak ada masalah. Kita boleh buat program ceramah di kampung-kampung melayu dan ramai ramai yang datang.

Makcik Cili: Bilo maso pulak ekau buek ceramah di kampung-kampung sedangkan orang-orang kampung yang keseluruhannya menolak kau sobab ekau cino DAP? Cuba ekau torangkan kek makcik, kampung mano yang kau buek coramah? Kampung Baru Cino? Itu kau cakap kampung?

Roket Kini: Apakah falsafah hidup yang membuatkan saudara boleh terus berjuang dan berkhidmat kepada rakyat?

Teo Kok Seong: Sebagai ADUN, saya terima banyak tekanan dan cabaran bukan sahaja dari parti dan orang awam, kita maklum bahawa kita berhadapan dengan tekanan pihak lawan, BN. Apapun, kita harus sentiasa tenang terutamanya dalam membuat keputusan.

Makcik Cili: Tekanan apo yang kau maksudkan? Selamo kini orang-orang kampung dibawah wakil rakyat DAP macam kau takdo tompek nak diadu mahupun dirujuk sebagai wakil kepado suaro rakyat sobab kau selalu hilang di Bahau. Mujur Ahli Parlimen BN, Datuk Lilah Yasin ado untuk mendengar keluh kesah nasib orang-orang Bahau khususnyo selamo 5 tahun ni. Mano wakil rakyat DUN Bahu kami???

Teo Kok Seong: Saya berpegang kepada “rakyat itu tuan”. Jika berlaku masalah atau tekanan, saya biasanya akan cool down, saya akan mengimbas balik janji saya kepada masyarakat kepada pengundi ketika kita jadi calon pilihanraya. Bila dikenangkan, segala masalah, kesusahan dan tekanan boleh dilupakan.

Makcik Cili: Kalau betul kato kau Teo bahawo rakyat itu Tuan kau, kenapo kau takdo ketiko tuan kau ini memerlukan pertolongan dan khidmat kau untuk mewakili suara rakyat? Kenapa segala tugas-tugas kau sebagai wakil yang dipilih masyarakat Bahau tidak kau jalankan sewajarnyo? Sebab tu kau banyak masalah di Bahau ni dan sebab tu kau tak terpilih lagi di Bahau ni.
Usah kau cakap lagi untuk mengimbas segala janji kau Teo Kok Seong, sobab janji-janji kau bagi rakyat Bahau dah lamo dikuburkan bersamo jasad DAP.

Teo Kok Seong: Kedua, apabila saya sertai parti, saya berharap dengan menjadi ahli saya boleh melakukan sesuatu yang baik dan bermanfaat kepada masyarakat. Saya juga teruja dengan semangat yang ditunjukkan pimpinan-pimpinan utama DAP, walaupun mereka sudah berusia mereka masih bersemangat berjuang, turun padang kesana sini memberi input kepada rakyat, mesej yang benar.

Makcik Cili: Sudahlah Kok Seong oiii...ghimeh den dongan auta kau ni! Kau menjadi ahli DAP bukan untuk memberi manfaat kepado rakyat tapi kau kecewokan rakyat. Sopanjang kau di Bahau, kau hanyo pandai main isu bukit gondol, kau tuduh Yayasan N.Sembilan rakus gadai hutan di Jempol. Tapi cakap kau, rakyat Bahau tak terimo pakai sobab rakyat Bahau lebih arif dan cerdik tentang kemajuan dan kedamaian. Sudahlah Teo Kok Seong, Lain Kali Lah....

Sumber temuramah: Roket Kini 

DAP mengedarkan risalah mengajak orang orang Cina hapuskan hak orang Melayu #PRU13


Sadis..Kesian..Hampeh, bilamana diketahui DAP kini sedang giat mengedarkan risalah yang mengajak orang-orang Cina supaya mengundi calon DAP dalam memastikan kemenangan besar untuk memerintah Malaysia, kerana jika DAP berjaya memerintah, hak keistimewaan melayu dalam perkara 152 dan 153 dapat dihapuskan.

Kemana perginya laungan DAP sebuah parti berbilang kaum? Kit Siang tersembur-sembur air liur menafikan parti ciptaannya itu sebuah parti yang rasis, namun inilah hakikatnya apabila tibanya PRU. DAP memang parti yang rasis.

Tindakan DAP melalui pemimpin-pemimpin atasannya dalam kempen PRU-13 ini menampakkan lagi kesahihan rasis dalam intipati parti itu. Seruan agar pengundi bukan melayu tidak mengundi calon PAS adalah satu strategi jahat sedangkan dalam masa sama DAP lah yang membantu kewangan PAS supaya penyokong-penyokong PAS mengundi calon DAP dan PKR yang berketurunan cina.

Tindakan DAP itu jelas melanggar kontrak sosial dan tidak selaras dengan apa yang dicapai oleh gabungan UMNO, MCA dan MIC dalam menuntut kemerdekaan seterusnya berdemokrasi secara sihat dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju merdeka.

 Umumnya, pemimpin MCA, Gerakan mahupun MIC menyedari akan niat jahat DAP ini. Secara demokrasi jualah akhirnya DAP berjaya mempengaruhi minda masyarakat Cina dan India di negara ini.

Inilah ancaman besar yang dihadapi MCA khususnya. Malah MCA dan Gerakan hampir-hampir berkubur dalam PRU12 lalu dek jarum-jarum halus yang merosakkan perpaduan kaum di Malaysia ini.
 
Sedarilah, cita-cita DAP hanya satu iaitu ingin menjadikan Malaysia seperti Singapura dimana hak-hak Melayu dihapuskan, Sultan dibuang dan bahasa melayu dilucutkan. Samalah jua seperti PKR yang mempunyai cita-cita reformasi untuk menjadi Perdana Menteri. Mengaut hasil negara untuk merealisasikan nafsu kekayaan.
 
PAS juga menumpang cita-cita menjadikan Malaysia ini sebuah negara Islam yang mengamalkan hukum Hudud dan membatasi Amar Makruf Nahi Mungkar kepada Syiah yang bukan mazhab kita selama ini.
 
Logiknya, cita-cita membuat perubahan bakal menyaksikan kesusahan rakyat bilamana manifesto mereka bisa membuatkan kita asyik seronok tanpa menyedari kesan buruknya.
 
Seperti contoh, apabila PTPTN dihapuskan, ibubapa yang ingin menghantar anak ke universiti terpaksalah meminjam wang kepada bank. Puak Pakatan sengaja berbuat begini kerana dalam DAP mereka tahu kebanyakkan kaum melayu tidaklah sekaya mana untuk menampung perbelanjaan pengajian anak diperingkat universiti yang tentunya memerlukan wang yang banyak. 
 
Kuota melayu hari ini akan kembali menjadi seperti penduduk Papua New Guinea yang tidak bertamadun, miskin dan tertinggal dalam serba-serbi. Tidakkah kita akui majoriti perniagaan di Malaysia ini dipolopori oleh kaum Cina?
 
Teringat kata-kata Ungku Aziz, orang melayu masih ditahap zaman pak kaduk, lemah dari segi perniagaan, perlu bantuan dan bimbingan. Apatah lagi jika melayu yang pemikirannya masih dibawah tempurung terutamanya yang menyokong Bulan..
  
Tun Mahathir dan pemikir melayu yang lain tidak letih berbicara tentang melayu. Satu ketika kita boleh berbangga kerana sudah berada di atas trek yang betul, baik dan terjaga.
Namun sejak 12 tahun lalu, dajal yang hitam mata sebelah telah membuat onar, habis orang melayu bodoh menjadi pengikutnya.
 
Rakyat Malaysia harus sedar dan tolak Dap yang cuba menghuru harakan perpaduan kaum.
Tolak DAP, PKR dan tolak Pas yang kini dikuasai oleh Syiah.

oleh : Cilikering