gambar keluarga gila |
Makcik Cili tertarik untuk menulis dan menjawab serta menyoal kembali kepada kenyataan bekas ADUN Bahau ni.
Roket Kini: Sebagai ADUN Bahau, bagaimana penerimaan pengundi, penduduk di sana?
Teo Kok Seong: Berbanding sebelum 2008 saya akui ada sedikit kesukaran. Tapi sekarang
tak ada masalah. Kita boleh buat program ceramah di kampung-kampung
melayu dan ramai ramai yang datang.
Makcik Cili: Bilo
maso pulak ekau buek ceramah di kampung-kampung sedangkan orang-orang
kampung yang keseluruhannya menolak kau sobab ekau cino DAP? Cuba ekau
torangkan kek makcik, kampung mano yang kau buek coramah? Kampung Baru
Cino? Itu kau cakap kampung?
Roket Kini: Apakah falsafah hidup yang membuatkan saudara boleh terus berjuang dan berkhidmat kepada rakyat?
Teo Kok Seong: Sebagai ADUN, saya terima banyak tekanan dan cabaran bukan sahaja dari
parti dan orang awam, kita maklum bahawa kita berhadapan dengan tekanan
pihak lawan, BN. Apapun, kita harus sentiasa tenang terutamanya dalam
membuat keputusan.
Makcik Cili: Tekanan apo yang
kau maksudkan? Selamo kini orang-orang kampung dibawah wakil rakyat DAP
macam kau takdo tompek nak diadu mahupun dirujuk sebagai wakil kepado
suaro rakyat sobab kau selalu hilang di Bahau. Mujur Ahli Parlimen BN,
Datuk Lilah Yasin ado untuk mendengar keluh kesah nasib orang-orang
Bahau khususnyo selamo 5 tahun ni. Mano wakil rakyat DUN Bahu kami???
Teo Kok Seong: Saya berpegang kepada “rakyat itu tuan”. Jika berlaku masalah atau
tekanan, saya biasanya akan cool down, saya akan mengimbas balik janji
saya kepada masyarakat kepada pengundi ketika kita jadi calon
pilihanraya. Bila dikenangkan, segala masalah, kesusahan dan tekanan
boleh dilupakan.
Makcik Cili: Kalau betul kato
kau Teo bahawo rakyat itu Tuan kau, kenapo kau takdo ketiko tuan kau ini
memerlukan pertolongan dan khidmat kau untuk mewakili suara rakyat?
Kenapa segala tugas-tugas kau sebagai wakil yang dipilih masyarakat
Bahau tidak kau jalankan sewajarnyo? Sebab tu kau banyak masalah di
Bahau ni dan sebab tu kau tak terpilih lagi di Bahau ni.
Usah kau
cakap lagi untuk mengimbas segala janji kau Teo Kok Seong, sobab
janji-janji kau bagi rakyat Bahau dah lamo dikuburkan bersamo jasad DAP.
Teo Kok Seong: Kedua, apabila saya sertai parti, saya berharap dengan menjadi ahli
saya boleh melakukan sesuatu yang baik dan bermanfaat kepada masyarakat.
Saya juga teruja dengan semangat yang ditunjukkan pimpinan-pimpinan
utama DAP, walaupun mereka sudah berusia mereka masih bersemangat
berjuang, turun padang kesana sini memberi input kepada rakyat, mesej
yang benar.
Makcik Cili: Sudahlah Kok Seong
oiii...ghimeh den dongan auta kau ni! Kau menjadi ahli DAP bukan untuk
memberi manfaat kepado rakyat tapi kau kecewokan rakyat. Sopanjang kau
di Bahau, kau hanyo pandai main isu bukit gondol, kau tuduh Yayasan
N.Sembilan rakus gadai hutan di Jempol. Tapi cakap kau, rakyat Bahau tak
terimo pakai sobab rakyat Bahau lebih arif dan cerdik tentang kemajuan
dan kedamaian. Sudahlah Teo Kok Seong, Lain Kali Lah....
Sumber temuramah: Roket Kini
No comments:
Post a Comment