Semalam laman ini melaporkan Barisan Nasional dijangka menang 144 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum yang akan diadakan pada Ahad ini. Jika jumlah ini menjadi kenyataan bermakna kerajaan pimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kekurangan 4 kerusi untuk mendapat majoriti 2/3 dalam Parlimen. (Lihat sini)
Hari ini portal berita yang menjadi alat Parti Keadilan Rakyat dan DAP membelasah Pas mengakui mereka akan kalah dalam pilihan raya ini dengan hanya mampu mendapat 76 kerusi parlimen sahaja.
MAKLUMAT terkini dari bilik perang (war room) Pakatan
Rakyat di Tropicana dan perisikan tentera menunjukkan BN akan menang
dengan 146 kerusi parlimen berbanding Pakatan Rakyat 76 kerusi.
Laporan dari beberapa bilik perang Pakatan Rakyat yang lain seperti
di Pulau Pinang dan Jalan Raja Laut juga, tidak menunjukkan banyak
perbezaan.
Berdasarkan pengalaman lepas, laporan perisikan seumpama ini mempunyai margin tambah tolak (plus/minus) antara 5% – 10%.
Walaupun BN masih gagal mencapai sasaran untuk mendapatkan majoriti
2/3 di Parlimen, tapi yang nyata, Pakatan Rakyat juga masih gagal untuk
menawan Putrajaya dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai
Perdana Menteri.
Dari jumlah tersebut, DAP menang 38 kerusi dari 51 kerusi yang
ditandingi mereka – peningkatan 10 kerusi berbanding pilihanraya umum
2008. Kerusi PAS pula susut kepada 21 kerusi, berbanding 23 kerusi
pada 2008, manakala yang paling teruk terjejas ialah PKR yang hanya
menang di 17 kerusi parlimen, hampir separuh kurang berbanding keputusan
2008 (31 kerusi).
Laporan ini menepati ramalan banyak pihak sebelum ini bahawa BN akan
berjaya mengekalkan Putrajaya buat tempoh sepenggal lagi. Dengan
tempoh berkempen tamat tepat jam 12 tengah malam ini, tidak banyak yang
dapat dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk menaikkan lagi peluang
kemenangan.
Dari apa yang kami difahamkan, banyak isu-isu saat akhir yang
menyumbang kepada kekalahan Pakatan Rakyat kali ini, antaranya tindakan
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din kelmarin yang membangkitkan
soal perlaksanaan hudud. Selain itu, gesaan Timbalan Pengerusi DAP
Johor, Norman Fernandez agar penyokong DAP tidak mengundi PAS juga,
memberi kesan yang agak mendalam.
http://suarapakatanrakyat.com/?p=21363
No comments:
Post a Comment