KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
bersama keluarga terselamat selepas helikopter yang mereka naiki
terbalik akibat angin kencang di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja
Malaysia, Sungai Besi, hari ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan kejadian itu
dalam sidang media di Bukit Aman di sini, berkata kesemua mereka iaitu
isteri, anak dan menantu Hishammuddin selamat tanpa mengalami sebarang
kecederaan dalam kejadian tengah hari ini.
Beliau berkata helikopter sewa milik syarikat swasta itu terbalik selepas mendarat berikutan angin kencang melanda kawasan itu.
“Hishammuddin menaiki pesawat itu untuk datang ke Kuala Lumpur setelah
pulang mengundi di Johor,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai
kejadian itu.
Hishammuddin bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong, Johor, pada pilihan raya umum ke-13.
Bernama
No comments:
Post a Comment