Followers

rantau ku sayang

Wednesday, August 14, 2013

Juak Islam PR Bisu Bab Hina Islam Sekutu Kafir Harbie?


Dalam memperkatakan isu agama, kebelakangan ini pelbagai siri penghinaan terhadap agama suci Islam. Namun apa yang CAB jadi hairan bilamana yang selalu bangkit dan marah apabila Islam di hina adalah orang-orang UMNO. Bantahan dan kemarahan dari Pemuda UMNO Melayu UMNO. Juak yang satu lagi tu tak peduli langsung ke?

Sebenarnya, yang mengakibatkan Islam kita di hina dan terus di hina adalah kerana perbuatan mereka itu juga yang membuka runag sewenang-wenangnya dalam mengeluarkan fatwa songsang dan sesat yang turut mengakibatkan kaum dan agama lain tidak lagi menghormati Islam dan merasakan Islam adalah agama yang boleh di permainkan.

Juak juak sana walaupun Islam dan kononnya memperjuangkan Islam langsung tidak pernah marah atau menegur sekutunya menghina Islam kerana takut tidak dapat bersekutu untuk menjatuhkan parti Islam yang memerintah sekarang. 

Beginilah cara juak Islam sebelah sana untuk menjatuhkan kerajaan Islam sekarang ini. Jelas sudah juak Islam yang berlilit serban berjanggut panjang di bahagian sana adalah bersekutu dengan kapir Harbie dan menjadi sebahagian dari mereka.

Monday, August 12, 2013

Wahai Rakyat Malaysia!! Bangkitlah, Negara Sedang Diserang Dari Arah Selatan!!

Kegagalan Anwar Ibrahim khususnya dan penaja-penajanya memerintah negara Malaysia selepas PRU13 tidak pernah mematikan hajat mereka. Selepas gagal juga menggunakan jalanan 505 dan rahsia-rahsia penaja mereka didedahkan oleh Mantan pembesar negara jiran, mereka berusaha menggunakan saluran mahkamah dengan membuat seberapa banyak petisyen.
Malangnya satu demi satu petisyen tidak memihak kepada mereka. Kini, mereka mula menggunakan ‘KUASA-KUASA LUAR’. Dan serangan itu dimulakan dari selatan tanah air.
SERANGAN LEE KUAN YEW
Lee Kuan Yew seorang tua pencen, telah memetik api serangan dengan mengeji dasar-dasar negara. LKY meghasut rakyat Malaysia akan hal berkaitan “kaum”, wal hal seluruh dunia tahu di Singapura kamu tidak boleh mengkritik Kerajaan dan Perdana Menterinya melainkan kamu bersedia disaman dan merengkok dalam penjara. Seluruh dunia tahu, di Singapura jika kamu Muslim apatah lagi Melayu, kamu akan ditindas dan dinafikan dengan segala macam cara.
Sudahkah anda membaca pendedahan Kekejaman Politik dan Amalan Rasis oleh LKY didedahkan oleh Profesor Dr. Lily Zubaidah. Antaranya ini http://www.anwaraidc.com/?p=35645. Siapakah lagi Melayu Singapura yang dihalang memasuki Singapura?
SERANGAN KALIMULLAH KEMBALI LAGI
Sebelum ini kami pernah dedahkan betapa busuknya hati Kalimullah, seorang yang gagal Tapisan Keselamatan semasa memohon pegawai politik kepada allahyarham Tun Ghafar Baba.
Kalimullah, atas kepentingan bisnes dan wang di Pulau Pinang dan menjadi orang atas angin di Singapura sama ada kepada DAP atau PAP, sudah pasti orang yang terlibat di dalam buku terbitan pasukan Pakatan Rakyat untuk memburukkan Pak Lah dan kerajaan yang ada sekarang.
Orang-orang di NST pasti tidak dapat melupakan bagaimana mereka dibuang kerja secara halus dek kerana mendedahkan kejalangan Anwar dan Lim Guan Eng, sehinggakan satu demi satu Wakil Rakyat Pakatan keluar parti. Bukan itu sahaja, Kalimullah yang beruntung diberi kuasa di NST telah memasukkan orang-orangnya yang ketiadaan kerja di Malaysia Today akibat bankrap. Dan selepas kemerosotan BN pada tahun 2008, Kalimullah secara terang menulis di kolumnya menyalahka Pak Lah.
Kini, serangan itu kembali lagi dari Singapura! Sudah berapa kali penerbangan Kalimullah KL-Singapura dan Pulau Pinang-Singapura. Menjadi talibarut dan spy dalam perniagaan konon, semuanya kerana tunduk kepada desakan DAP dan PAP yang memerintah dan menguasai bisnes-bisnes.
Ulang baca ini http://mymassa.blogspot.com/2013/05/kalimullah-pembelot-negara-spy-singapura.html dan http://mymassa.blogspot.com/2013/05/bahagian-2-kalimullah-musuh-dalam.html
Apakah yang kamu akan fikirkan tentang buku “Awakening Pak Lah”? Kalimullah? dan Singapura? Adakah kamu berfikir ianya secara kebetulan?
SERANGAN TPPA
Seperti yang telah kami dedahkan, KSU MITI dan suami Singapuranya telah menjalankan modus operadi dan agenda politik untuk memenangkan Amerika melalui paksaan TPPA ke atas Malaysia.
Amerika tidak mampu membunuh Ekonomi China tetapi Amerika akan membunuh ‘rakan’ pelaburan China yang strategik di Asia, dan salah satunya ialah Malaysia.
Singapura dijadikan negara”penamban” di mana seluruh logistik maklumat, perundangan, strategi dan kewanggan ditempatkan di Singapura.
Lee Kuan Yew pernah berkata, “Singapura tidak akan maju selama-lamanya jika Singapura gagal menguasai Malaya (Tanah Melayu)”.
Selepas KSU MITI memainkan peranan jahatnya, dan suaminya turut memberi sumbangan, kini Amerika menghantar Pegawai kedutaa baharu mereka. Sungguh-sungguh mereka berusaha mematikan Malaysia ini.
Baca seterusnya ini http://mymassa.blogspot.com/2013/08/isu-tppa-jangan-perjudi-negara-untuk.html dan artikel sang suami sama sekali pandangan mereka ini http://mymassa.blogspot.com/2013/08/artikel-terbaik-suami-singapura-ksu-miti.html juga yang ini http://theunspinners.blogspot.com/2013/08/usa-hantar-duta-tekan-msia-sign-tppa.html
OBAMA
Semua serangan-serangan ini bertujuan untuk menggagalkan lawatan Presiden Obama pada Oktober ini. Mereka (khususnya Anwar) mempunyai masa tidak sampai 2 bulan untuk menghancurkan ekonomi Malaysia selepas gagal menghancurkan politik Malaysia.
Seruan kami, bangun rakyat Malaysia, tunjukkan Patriotik kita, pertahan negara ini dari mereka.
*Sumber: Dirahsiakan.

Monday, August 5, 2013

Gay Tua Mengamuk Tak Puas Hati Tindakan JAKIM?

Macam hampeh je kenyataan Pak Sheikh Al-Juburi membidaskan tindakan JAKIM yang menganggap isu jurulatih anjing itu sebagai isu nasional. Agaknya Anwar sudah lupa isu video seks dengan amoi china mari tu? Isu video sendiri tak pula mahu minta nasihat dari JAKIM?

CAB cuma mahu pak sheikh al-juburi ni cermin diri tu dulu sebelum nak mempersoalkan tindakan JAKIM kepada si tuan anjing, Maznah Yusof tu.. Sepatutnya sebagai Islam yang bermaruah, Anwar mengelakkan diri dari mengeluarkan kenyataan seolah-olah membantah tindakan penguatkuasaan terhadap sesiapa sahaja yang menghina Islam, bukan sound balik orang yang betul-betul memmpertahankan agama!

Anwar berkata, sepatutnya (jurulatih itu) dipanggil dan diberi nasihat supaya dia dapat penjelasan. 

"Panggil bagi teguran. Jangan jadikan isu nasional," katanya ketika ditemui pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Jakim sebelum ini memutuskan status klip video '1 Hari Di Hari Raya' yang disebarkan di laman sosial baru-baru ini adalah menghina Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya telah mengarahkan Jakim memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.

Semalam, SKMM turut mencadangkan kepada Jakim agar mengambil peluang membimbing dan memulihkan akhlak Maznah Mohd Yusof, 38, atau dikenali Chetz yang kini menjadi kritikan ekoran video pemaparan dirinya bersama tiga ekor anjing di YouTube baru-baru ini.

Sunday, August 4, 2013

Tahniah! Kerajaan Putuskan Filem Komunis Tak Akan Ditayangkan

CAB ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan atas keputusan untuk tidak menayangkan filem kontroversi 'The New Village' yang mendapat respon masyarakat akan intipati filem tersebut jelas memainkan sentimen kaum dan cuba menidakkan perjuangan bangsa Melayu dan filem yang berkisar memartabatkkan tentera komunis suatu pendekatan yang buruk untuk generasi akan datang.

Kerajaan mengambil keputusan untuk tidak membenarkan filem The New Village yang kandungannya mengagungkan perjuangan komunis di Malaysia. Ini sangat bertentangan dengan kepercayaan Islam yang menolak perjuangan komunis dan perlembagaan Malaysia yang diasaskan secara demokrasi.

Larangan tayangan filem itu bukan setakat di panggung wayang malah meliputi semua bentuk media termasuk laman blog dan YouTube. Jika ditayangkan dikhuatiri akan menyebabkan pemikiran rakyat terpesong dengan idealogi komunis dan sekalgus membawa kepada perpecahan masyarakat.

Dengan keputusan itu, kerajaan tidak mahu memberikan isyarat yang salah kepada generasi baru negara seolah-olah perjuangan komunis diberikan penghargaan di Malaysia.

Untuk mempertahankan kedaulatan negara, kerajaan aka meminta setiap pemimpinnya berterus-terang kepada rakyat untuk memastikan apa jua bentuk pendewaan terhadap komunisme tidak akan dilaksanakan.

Sepatutnya, filem atau apa jua bentuk penghargaan terhadap pengganas komunis tidak boleh diberikan tempat di Malaysia kerana kumpulan itu telah mengisytiharkan perang terhadap negara sehingga menyebabkan darurat dari 1948 hingga 1960.

Dalam pertempuran sepanjang tempoh darurat dan selepas itu, ramai anggota pasukan keselamatan negara terkorban dan mengalami kecacatan kekal sehingga hari ini.

Persoalannya, kenapa ada di kalangan rakyat Malaysia pada hari ini sanggup membuat filem yang bertunjangkan komunis? Walaupun, ia bahan sejarah namun sejarah tidak pernah mengagungkan komunis seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Malah, rakyat Malaysia sendiri selepas penjajahan British ke Malaysia menentang perjuangan komunis walaupun pada asalnya mereka berjuang membebaskan negara daripada ancaman Jepun dan British.

Saturday, August 3, 2013

Scorpene: Kenyataan Jasbir Bukti SUARAM Adalah Bangkai Bernyawa

Pembelian kapal selam scorpene tentunya sebuah peristiwa hebat di mana sesuatu yang bukan isu menjadi isu yang sebesar gergarsi dan enggan berhenti.  Ia bermula dengan dengan satu pembohongan yang besar oleh SUARAM dan seperti semua pembohongan ia hanya akan bertambah besar di mana dalam kes ini, ia telah pecah berderai sehingga tidak dapat dipastikan lagi bentuknya yang asal.

Dan hari ini, mungkin kerana ego, SUARAM berazam untuk meneruskan pembohongan itu walaupun mereka sendiri keliru dengan kisah yang mereka reka.  Rakyat Malaysia, secara amnya sudah maklum mengenai kebenarannya dan tidak lagi memberi perhatian kepada SUARAM.

Bagaimanapun ada segelintir yang masih terpedaya dengan persepsi negatif yang ditabur terhadap kerajaan dan terus mempercayai pembohongan SUARAM malah menderma pula untuk tujuan itu.  Di pihak SUARAM pula, mereka tentu sekali perlu memastikan semua ini berterusan.  Untuk itu, mereka menganjurkan makan malam termasuk program buka puasa menyeru orang ramai memberi sumbangan agar mereka dapat terus berbohong.

Kita percaya sumbangan itu akan digunakan sebagai bayaran kepada pihak mereka untuk ‘menguruskan pembohongan’, termasuk membayar peguam-peguam asing, kos pengangkutan dan penginapan mereka, keraian dan juga pelbagai kos lain.  Tugasnya adalah untuk terus memberitahu rakyat bahawa Altantuya adalah penterjemah dalam urusniaga scorpene dan beliau mempunyai hubungan sulit sama ada dengan Dato’ Seri Najib atau Razak Baginda.

Selain itu mereka juga perlu terus berbohong bahawa syarikat DCNS, Thales dan Perimekar, entah bagaimana telah memasukkan wang ke dalam poket Dato’ Seri Najib.   Dari situ, mereka harus terus menyatakan bahawa mahkamah Perancis telah membuka fail kes dan beberapa orang bakal disapina.

Tidak apa jika mahkamah Perancis telah membuat kenyataan bahawa kes scorpene tidak wujud sama sekali dan telah ditolak sejak dari mula kerana aduan SUARAM didapati tidak berasas.  Tidak apa jika pihak polis Perancis mengesahkan bahawa Altantuya tidak pernah menjejak kaki ke negara itu dalam tempoh urusniaga berlaku  Tidak apa jika pegawai syarikat DCNS ketawakan kisah kewujudan penterjemah kerana semua transaksi dilakukan dalam bahasa Inggeris.  Dan tidak apa jika laporan audit syarikat Perimekar telah menunjukkan tiada yang pelik dan tiada satu sen pun wang yang tidak berada di tempatnya.

Tidak apa semua itu, kerana apa yang SUARAM perlu lakukan ialah terus berbohong mengenainya sebagai alasan untuk menganjur program dan meminta sumbangan.  Ini kerana sumbangan itulah satu-satunya cara untuk mereka menjustifikasi perbelanjaan besar yang dilakukan dan akan terus dilakukan oleh pertubuhan itu.

Oleh itu, jika ada sesuatu yang pelik dalam pengurusan kewangan, ia bukanlah dalam pembelian scorpene, tetapi dalam operasi SUARAM.

Bagi meletakkan titik noktah kepada semua pembohongan ini, Jasbir Singh Chahl yang terlibat secara langsung dalam transaksi scorpene telah bersetuju agar kenyataannya diambil dan diterbitkan.  The New Straits Times telah menyiarkan kenyataannya semalam.

Dari kenyataan Jasbir, maka sahlah bahawa tiada teka-teki yang perlu diselesaikan dalam isu pembelian scorpene.  Semuanya berlaku secara telus dan jelas dan SUARAMlah yang sebenarnya berbohong.

Terbukti kini bahawa hayat SUARAM bergantung penuh kepada pembohongan.  Jika pembohongan itu berhenti, maka tamatlah riwayat SUARAM.  Setakat hari ini, boleh dikatakan hampir tiada lagi yang mempercayai SUARAM.  Maka hiduplah SUARAM bagai bangkai bernyawa - berbohong untuk terus mendapat dana dan mengutip derma.

Friday, August 2, 2013

Biadap Betul Budak Namewee, Kasi Humban Penjara Lagi Baik

Anak cina yang diberi muka oleh pak menteri memang biadap! Memang kurang ajar memang sial. CAB merasakan budak cina tak sedar dek untung ni patut dilucutkan kerakyatan dan patut juga dicampakkan dalam penjara kerana sifat menghasutnya yang tiada kesudahan.

Pakai kot dan berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dengan rupa baik.
Selepas Alvin dan Vivian berjaya mendapat pengaruh daripada video murahan mereka, Chetz juga dapat bahagian juga, saya sudah menjangkakan si Wee Meng Chee atau Namewee ini akan membuka mulut.
Budak Namewee sudah pun menghasilkan video dengan menggunakan kata ganti diri kedua “kau” melabelkan para Menteri yang dahulu pernah membantunya. Namewee turut mempersoalkan tindakan kerajaan mendakwa Alvivi yang telah mencetuskan kontroversi dengan sup “Bak Kut Teh” mereka.
Budak ni juga perasan dirinya popular. Dalam satu babak di video berkenaan pada 2:11 Namewee berkata “Gua tau bahagian puting kamu paling sensitif kan?” jelas menghina kerajaan terutamanya menteri yang terlibat secara langsung dengan penerbitan filem
Namewee turut memperlekehkan tindakan kerajaan menggantung tayangan filem The New Village atau Kampung Baru Cina seperti diumumkan oleh Dr Ahmad Zahid untuk dinilai semula oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas)
Siapa lagi yang disebut kau “kau” oleh Namewee kalau bukan kementerian itu. Kita harap Dr Ahmad Zahid sekali lagi tidak berdiam diri dengan isu ini kerana Namewee jelas tidak mengenang budi.
Sudahlah diberi dana dahulu RM500,000 untuk menerbitkan filem Nasi Lemak 2.0, kini dia memperlekehkan para menteri ini dan mennyemai kebencian dengan mempersoalkan kerajaan seperti tidak menghargai undi dari kaum cina pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
CAB: Kementerian yang berkenaan kalau masih peluk tubuh, diam diri kecut telur, baik tak payah jadi menteri.

Thursday, August 1, 2013

Dewan Pemuda PAS Kata Kerajaan Kelantan Bodoh Tak Tahu Halal Haram?


Dewan Pemuda PAS menyifatkan kerajaan negeri Kelantan Bahlol, Bodoh, Bangang kerana tidak dapat membezakan yang mana haram dan tak tahu nak haramkan yang haram.

Jika sebelum ini pertandingan ratu cantik mendapat tentangan hebat dan diharamkan bagi umat Islam menyertainya, tapi perkara ini telah lama berlaku di Kelantan apabila penganjuran Kejohanan Badan Cantik Mr.Kelantan membuktikan negeri itu membolehkan penganjuran sedemikian.

Kalau 2011 masih lagi Nik Aziz Menteri Besar Kelantan. Nah! memang jelas pimpinan PAS Kelantan sudah baghal dengan perbezaan hukum halal haram ni.

Persoalannya, mengapa lelaki-lelaki seksi Kelantan ini masih belum ditahan? Mereka juga terlompat-lompat atas pentas dengan cawat masing-masing. Bak kata Haji Hadi Awang, orang Sarawak masih pakai cawat, tapi rupa-rupanya orang utan keturunan Kelantan ini lagi teruk! Nampak aurat lah, lepas tu tunjuk-tunjuk lagi, tak rosak akidah ke?