Pakai kot dan berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dengan rupa baik.
Selepas Alvin dan Vivian berjaya mendapat pengaruh daripada video murahan mereka, Chetz juga dapat bahagian juga, saya sudah menjangkakan si Wee Meng Chee atau Namewee ini akan membuka mulut.
Budak Namewee sudah pun menghasilkan video dengan menggunakan kata ganti diri kedua “kau” melabelkan para Menteri yang dahulu pernah membantunya. Namewee turut mempersoalkan tindakan kerajaan mendakwa Alvivi yang telah mencetuskan kontroversi dengan sup “Bak Kut Teh” mereka.
Budak ni juga perasan dirinya popular. Dalam satu babak di video berkenaan pada 2:11 Namewee berkata “Gua tau bahagian puting kamu paling sensitif kan?” jelas menghina kerajaan terutamanya menteri yang terlibat secara langsung dengan penerbitan filem
Namewee turut memperlekehkan tindakan kerajaan menggantung tayangan filem The New Village atau Kampung Baru Cina seperti diumumkan oleh Dr Ahmad Zahid untuk dinilai semula oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas)
Siapa lagi yang disebut kau “kau” oleh Namewee kalau bukan kementerian itu. Kita harap Dr Ahmad Zahid sekali lagi tidak berdiam diri dengan isu ini kerana Namewee jelas tidak mengenang budi.
Sudahlah diberi dana dahulu RM500,000 untuk menerbitkan filem Nasi Lemak 2.0, kini dia memperlekehkan para menteri ini dan mennyemai kebencian dengan mempersoalkan kerajaan seperti tidak menghargai undi dari kaum cina pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
CAB: Kementerian yang berkenaan kalau masih peluk tubuh, diam diri kecut telur, baik tak payah jadi menteri.
No comments:
Post a Comment