CAB cuma mahu pak sheikh al-juburi ni cermin diri tu dulu sebelum nak mempersoalkan tindakan JAKIM kepada si tuan anjing, Maznah Yusof tu.. Sepatutnya sebagai Islam yang bermaruah, Anwar mengelakkan diri dari mengeluarkan kenyataan seolah-olah membantah tindakan penguatkuasaan terhadap sesiapa sahaja yang menghina Islam, bukan sound balik orang yang betul-betul memmpertahankan agama!
Anwar berkata, sepatutnya (jurulatih itu) dipanggil dan diberi nasihat supaya dia dapat penjelasan.
"Panggil bagi teguran. Jangan jadikan isu nasional," katanya ketika ditemui pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.
Jakim sebelum ini memutuskan status klip video '1 Hari Di Hari Raya' yang disebarkan di laman sosial baru-baru ini adalah menghina Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya telah mengarahkan Jakim memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.
Semalam, SKMM turut mencadangkan kepada Jakim agar mengambil peluang membimbing dan memulihkan akhlak Maznah Mohd Yusof, 38, atau dikenali Chetz yang kini menjadi kritikan ekoran video pemaparan dirinya bersama tiga ekor anjing di YouTube baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment