Followers

rantau ku sayang

Sunday, August 4, 2013

Tahniah! Kerajaan Putuskan Filem Komunis Tak Akan Ditayangkan

CAB ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan atas keputusan untuk tidak menayangkan filem kontroversi 'The New Village' yang mendapat respon masyarakat akan intipati filem tersebut jelas memainkan sentimen kaum dan cuba menidakkan perjuangan bangsa Melayu dan filem yang berkisar memartabatkkan tentera komunis suatu pendekatan yang buruk untuk generasi akan datang.

Kerajaan mengambil keputusan untuk tidak membenarkan filem The New Village yang kandungannya mengagungkan perjuangan komunis di Malaysia. Ini sangat bertentangan dengan kepercayaan Islam yang menolak perjuangan komunis dan perlembagaan Malaysia yang diasaskan secara demokrasi.

Larangan tayangan filem itu bukan setakat di panggung wayang malah meliputi semua bentuk media termasuk laman blog dan YouTube. Jika ditayangkan dikhuatiri akan menyebabkan pemikiran rakyat terpesong dengan idealogi komunis dan sekalgus membawa kepada perpecahan masyarakat.

Dengan keputusan itu, kerajaan tidak mahu memberikan isyarat yang salah kepada generasi baru negara seolah-olah perjuangan komunis diberikan penghargaan di Malaysia.

Untuk mempertahankan kedaulatan negara, kerajaan aka meminta setiap pemimpinnya berterus-terang kepada rakyat untuk memastikan apa jua bentuk pendewaan terhadap komunisme tidak akan dilaksanakan.

Sepatutnya, filem atau apa jua bentuk penghargaan terhadap pengganas komunis tidak boleh diberikan tempat di Malaysia kerana kumpulan itu telah mengisytiharkan perang terhadap negara sehingga menyebabkan darurat dari 1948 hingga 1960.

Dalam pertempuran sepanjang tempoh darurat dan selepas itu, ramai anggota pasukan keselamatan negara terkorban dan mengalami kecacatan kekal sehingga hari ini.

Persoalannya, kenapa ada di kalangan rakyat Malaysia pada hari ini sanggup membuat filem yang bertunjangkan komunis? Walaupun, ia bahan sejarah namun sejarah tidak pernah mengagungkan komunis seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Malah, rakyat Malaysia sendiri selepas penjajahan British ke Malaysia menentang perjuangan komunis walaupun pada asalnya mereka berjuang membebaskan negara daripada ancaman Jepun dan British.

No comments:

Post a Comment