Followers

rantau ku sayang

Thursday, July 7, 2011

Ambiga perlu di ISA kan- Tiada sebarang kompromi lagi !!!

Tangkap saja sesiapa yang turun berdemonstrasi pada  9 hb July ini dalam perhimpunan "BERSIH" kerana berniat memerangi DYMM YDP Agung , berniat untuik mencetuskan huru hara dan berniat untuk menjatuhkan kerajaan. Adalah wajar bagi Tentera Di Raja Malaysia mengambil tindakan sewajarnya kerana mereka ini memerangi kerajaan dan adalah tanggungjawab tentera untuk memerangi mereka yang memerangi kerajaan. Mereka adalah musuh negara.

Pihak keselamatan tidak perlu takut untuk mengambil tindakan sewajarnya kerana ini melibatkan ketenteraman rakyat di negara ini dan melibatkan keselamatan Negara. Mereka yang merancang perhimpunan BERSIH ini dalam apa juga alasan mereka adalah merupakan satu kesalahan dan jenayah yang besar kerana mahu memerangi DYMM YDP Agung dan juga kerajaan Negeri Sembilan.

Majikan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya sekira ada mana mana pekerja mereka terlibat dalam perhimpunan BERSIH ini khususnya kakitangan kerajaan. Mereka perlu tinggalkan Kerajaan sekiranya mahu menyokong BERSIH. Apa gunanya Kerajaan menyimpan kakitangan yang mahu mengguling mereka kembali dan mereka sebenarnya adalah musuh dalam selimut.

Ambiga dan juga  rakan rakan seperjuangannya seperti A Samad Said dll perlu ditahan di bawah ISA kerana mereka ini memerangi Kerajaan. Mereka inilah penghasut dan menyusahkan rakyat , menyukarkan pelancaran dan kenteraman  harian rakyat. Ambiga perlu bertanggungjawab dengan perbuatan beliau dan Ambiga perlu menghormati hak asasi rakyat.

Ambiga mungkin tidak takut  dengan segala tindakan kerajaan terhadapnya kerana merasakan bahawa beliau terlalu kuat kerana mendapat sokongan orang orang Melayu khususnya orang PAS.Walaupun Ambiga adalah seorang peguam yang memberi khidmat percuma kepada orang orang Islam yang mahu murtad namun PAS  telah menutupkan mata mereka hanya gilakan kuasa.

Kerajaan tidak perlu bimbang dan takut untuk mengambil tindakan terhadap Ambiga hanya kerana sokongan bangsa Melayu PAS kepada Ambiga. .

No comments:

Post a Comment