Followers

rantau ku sayang

Saturday, July 16, 2011

PAS DAP gagal mencari persefahaman seperti UMNO MCA dan MIC.

DAP hari ini meminta kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap lain-lain parti komponen dalam pakatan pembangkang. lihat ini

Inilah yang dikatakan tidur satu bantal tetapi mimpi lain lain. DAP sememangnya benci kepada Islam dan tidak menyokong kepada pentadbiran Islam. PAS pula sebagai sebuah parti yang mengharapakan sokongan DAP terpaksa tunduk dan akur kepada kehendak DAP.

Inilah juga bezanya MCA dan MIC yang telah lebih 50 tahun mendokong kepimpinan UMNO dan tidak pernah menghalang pucuk kepimipnan melaksanakan pemerintahan Islam. Perpaduan antara parti komponen dan persefahaman antara parti adalah merupakan faktor yang amat penting dalam penubuhan kerajaan.

Persefahaman mereka hanya untuk mendapatkan kuasa dan kemudian setelah mendapat kuasa mereka berebut kuasa.

1 comment:

  1. larangan haramkan kunjungan ke pusat2 hiburan wajib dikeluarkan kpd umat Islam tak kira musim & lebih elok lagi pada bulan Ramadhan...elokla kalu pak zan nak kuatkuasakan. aku sokong 1000%

    orang bukan Islam lantak depa la nak buat apapun sbb depa takdak hukum haram tu haram ni. mungkin ada persolakan psl moral sj. tu pun tak ramai. semua depa bedal asal boleh puaskan nafsu.

    tapi umat Islam wajib ikut yg mana haram, halal, harus & makruh. pemerintah WAJIB kenakan sekatan mengikut lunas2 Islam jika mahu rakyat beribadat dgn sempurna. parti2 komponen tak pernah mencampuri urusan agama Islam jadi elokla kerajaan jalankan undang2 spt yg telah termaktub. tak paksa bukan Islam ikut tp kalau mrk jauhi segala benda yg buruk tu, elok juga. sekurang2nya semua mendapat kebaikan...

    kerajaan wajib keluarkan larangan ni ke atas ORANG ISLAM shj. orang Islam jgn kata hak masing2 utk berseronok sbb hukum Islam dah jelas, maksiat tetap haram walaupun sekadar nak hiburkan hati. adalah menjadi kewajipan pemerintah menjalankan peraturan utk membendung gejala sosial yg sgt SIAL!!

    banyak cara yg lebih afdhal utk bergembira terutamanya bersama keluarga. ubahla ke arah yg lebih baik. jgn nnt kita asyik nak salahkan anak2 muda bila mrk gagal menjadi Muslim yg baik. salah ibubapa, salah masyarakat, salah semua pihak termasuklah pemerintah yg lalai...

    undang2 larangan, hukum halal haram memang dah termaktub dlm banyak enakmen agama Islam negeri mahupun kebangsaan. cubalah kuatkuasakan undang2 ni, aku yakin pasti banyak pihak akan sokong kalaupun tak terkezut!!

    ReplyDelete