Followers

rantau ku sayang

Tuesday, August 20, 2013

Pemantau Mesyuarat Cawangan/Bahagian Jangan Masuk Campur!

CAB menyokong penuh amaran dan arahan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerja UMNO, Dato' Ab Rauf Yusof mengenai larangan keras kepada mana-mana Ahli Jawatankuasa Pemantau Umno yang dipertanggungjawabkan untuk memantau setiap persidangan Cawangan dan Bahagian.

Elok sangat la amaran ini kerana memang ada dikalangan kita pasti mendengar isu pengaruh dalam mesyuarat Cawangan mahupun Bahagian. Dalam UMNO segalanya mestilah bersih jika mahukan parti terus relevan untuk di dokong oleh kepimpinan yang bersetia, berkhidmat dan bertanggungjawab kepada masyarakat sekelilingnya.

Tindakan tegas akan diambil terhadap ahli Jawatankuasa Pemantau UMNO yang didapati cuba mempengaruhi atau mengatur perjalanan mesyuarat peringkat cawangan dan bahagian. 

Amaran itu dikeluarkan Setiausaha Kerjanya, Datuk Ab Rauf Yusoh (gambar), selepas menerima aduan daripada pergerakan Wanita yang mendakwa berlaku campur tangan dalam perjalanan mesyuarat oleh ahli jawatankuasa pemantau. 

Ab Rauf berkata, ahli jawatankuasa itu tidak boleh mempengaruhi perjalanan mesyuarat cawangan atau bahagian, termasuk sama ada mengesah atau membatalkannya. 


Beliau berkata, pelantikan ahli jawatankuasa sepatutnya dalam kalangan mereka yang tidak memegang sebarang jawatan dalam parti atau muflis. Sumber

No comments:

Post a Comment