Followers

rantau ku sayang

Wednesday, August 21, 2013

Pra-Tonton 'Tanda Putera' Malaysiakini Tak Dijemput Sebab....

Akhirnya..Filem yang memaparkan kisah patriotik pejuang-pejuang Melayu dalam mencapai kemerdekaan mula ditayangkan pada malam ini di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Namun, bukanlah isu filem ini yang CAB nak kecohkan tapi tentang nasib walang media sensasi portal Malaysiakini yanng tiada senarai jemputan pratonton filem tersebut.

Bila wartawan diorang kena soal kenapa tak dijemput? Masing-masing geleng kepala tak tahu kenapa. Meh sini CAB nak bagitahu kenapa Dato' Suhaimi Baba tu tak sudi nak jemput Malaysiakini kerana kemungkinan beliau sudah maklum akan intipati portal yang pro-pembangkang ni.

Tuan rumah mana yang nak rosakkan majlis sendiri??? Apapun CAB salute dengan pendirian pihak penerbitan 'Tanda Putera' sebab hanya media yang faham erti perjuangan Melayu sahaja menjadi pilihan Suhaimi Baba....

No comments:

Post a Comment