Followers

rantau ku sayang

Friday, August 23, 2013

Shahrizat Liabiliti Terhadap UMNO???

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil disaran melepaskan jawatannya pada pemilihan parti akan datang kerana dianggap sebagai liabiliti kepada Umno.

Kontroversi melibatkan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu boleh menjadi penghalang kepada hasrat Umno untuk melaksanakan proses transformasi.

Apatah lagi, dengan desakan pembangkang yang menuntut ketulusan dalam Umno. Namun, kontroversi Shahrizat telah mengheret parti ke kancah pertandingan peribadi dan menjadikan beliau sebagai liabiliti kepada parti.

Jika benar Shahrizat sayangkan Umno, beliau akan melakukan sesuatu yang baik untuk parti (melepaskan jawatan). Kita tidak tahu sama ada pencabarnya boleh menjadi sebaik beliau, tetapi Shahrizat patut tahu bila hendak berundur - Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Jayum Jawan 

CAB tak mahu cakap apa, samada setuju ataupun tidak namun jika demi kebaikan parti, tidak salah kalau mengambil langkah pencegahan sebelum lebih busuk dan di hidu oleh pemakan bangkai ddi luar sana.

No comments:

Post a Comment