Followers

rantau ku sayang

Monday, July 25, 2011

Kata MB mahu di PECAT pada 17 hb - berapa kali kat da......

Awal minggu lalu saya mendapat panggilan dari salah seorang keluarga Allahyarham Sdr Abu Karim Mat Dom anak Pantai yang telah banyak berjasa kepada kampung berkenaan. Beliau telah pulang ke rahmatullah ketika  berada dalam masjid setelah menunaikan solat Isyak. Pemergiannya amat dirasai dan pada malam berkenaan Dato Menteri Besar turut menziarahi jenazah Allahyarham. Al fatihah .

Berbalik pada berita kepulangan Allahyarham Sdr Karim penulis menunggu juga cerita sedih yang pernah disebutkan oleh penyokong kuat  Sahak yang mengatakan pada 18  haribulan July Menteri Besar akan dipecat oleh Perdana Menteri. Hari ini sudah masuk 25 hb tidak pula dengar berita tentang pemecatan Menteri Besar Negeri Sembilan.

Cerita sebegini sudah berlegar rasanya lebih dua  kali ,waktu pilihanraya  Bagan Pinang , sewaktu MKT. Tak payah lah buang masa , jangan lah terlalu mengharapkan dan taksub sangat dengan Sahak tuh dah jadi macam katak bawah tempurung, hari itu dah berbaik baik nampaknya, sandiwara rupanya. Buang lah hasad dan perasaan dengki itu , ikut dan taat pemimpin. Sayangilah UMNO.
 
Tunggu juga Dato' Sahak ketika pengkembumian Arwah Karim , tak nampak pun, jangan lah berdendam sampai  ke saat akhir , tak baik......

2 comments:

  1. Salam perjuangan...

    Blog saudara saya pautkan dan follow. Harap kita dpt bertukar2 maklumat untuk melawan PR.

    http://yuseriyusoff.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. SIAPA YG CAKAP PM AKAN PECAT MB TOK MAT??? JGN LAH MENGARUT...KPD PIHAK2 YG BTNGGUNGJWB TU..,TOLONGLAH TAAT PADA PEMIMPIN TERTINGGI, BUANGLAH HASAD DENGKI N KETIDAKPUASAN ATI. INI BKN MASA UTK BERBALAH2, MYIMPAN DENDAM SESAMA.,HIDUP TOK MAT...!!!

    ReplyDelete