Followers

rantau ku sayang

Tuesday, September 23, 2014

GELAR BROKER & BARUA..PKR - DAP MULA TIBAI BALIK HADI AWANG!!


Hari ini PKR -DAP mula menyerang balas Hadi selepas ucapan penggulungan di muktamar cukup panas sekali dengan melabel barua & broker dalam isu curi 2 Adun PAS di Selangor  .

PKR menerusi Sam mempersoalkan ucapan Hadi cukup keterlaluan dan tidak mencerminkan akhlak seorang ulama .


KUALA LUMPUR: Tindakan dua Ahli Dewan Undangan (ADUN) PAS yang memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bukanlah 'barua' parti, seperti yang dilabel Presiden PAS.

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar berkata, serangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap KEADILAN ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan PAS ke-60 itu disifatkan agak keterlaluan, melampau dan tidak mencerminkan akhlak seorang ulama.

"Apa yang dilakukan oleh dua ADUN PAS ialah semata-mata melaksanakan keputusan mesyuarat ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat bertarikh 17 Ogos 2014 iaitu mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan mencalonkan dua nama, Wan Azizah dan ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sebagai calon MB Selangor.

"Justeru, melabelkan kedua-dua mereka sebagai 'barua' PAS tentunya mengiyakan pepatah Melayu - "Ibarat menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Pada Sabtu,Abdul Hadi mendakwa ada pihak yang menjadi 'broker' dan 'barua'yang mencuri dua ADUN partinya di Selangor.

Tegas Abdul Hadi, pihak berkenaan memujuk ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnol Baharuddin untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

No comments:

Post a Comment