Followers

rantau ku sayang

Friday, September 12, 2014

Langkah Kajang Cabar Tahaluf Siyasi PAS...


Ibarat retak menanti belah, begitulah gambaran hubungan kerjasama politik antara PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, ekoran kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor sehingga menjejaskan jalinan kerjasama Pakatan Rakyat.

Di atas kertas, mencipta satu gerakan untuk menukar Menteri Besar Selangor nampak cukup mudah tetapi realiti dan hasilnya menimbulkan kemelut yang tidak kesudahan dan ketidakstabilan politik.

Kemelut ciptaan PKR, yang bermula dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada Mac lepas, mengheret kedua-dua rakan sekutunya untuk sama-sama 'mengambil bahagian' dalam permasalahan ini.


PAS LAWAN PKR

Akhir-akhir ini, beberapa pemimpin parti pakatan membidas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya kerana beliau enggan 'tunduk' kepada keputusan awal pakatan iaitu menamakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar.

Lebih mengguris rasa pemimpin pakatan ialah apabila Abdul Hadi, yang juga Anggota Parlimen Marang, menyifatkan penolakkan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bukannya disebabkan jantina, sebaliknya dilihat kerana tidak berkebolehan.

Ekoran itu, Abdul Hadi diserang daripada pelbagai hala bukan sahaja daripada rakan sekutu PKR dan DAP tetapi juga anggota PAS.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan mahu Abdul Hadi menarik balik kenyataan yang menyatakan Dr Wan Azizah, yang juga ADUN Kajang tidak berkebolehan, manakala Ketua Penerangan Wanita PKR Azura Aziz menyifatkan kenyataan Presiden PAS itu sebagai mengkhianati kepercayaan parti pakatan.

Serangan terhadap Abdul Hadi menyebabkan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa PKR juga pengkhianat terhadap kesetiakawanan PAS dalam parti pakatan.

"Tindakan PKR mengiktiraf sokongan dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, Shaari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) terhadap Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu merupakan satu pengkhianatan," kata Nik Abduh. 

No comments:

Post a Comment