Followers

rantau ku sayang

Friday, September 26, 2014

Hadi Mahu Empat Exco PAS Dikekalkan Dalam Barisan Baru


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan kepada Menteri Besar Selangor yang baru Mohamed Azmin Ali untuk mengekalkan empat exco dari PAS di dalam senarai exco yang akan dihantar kepada Sultan Selangor hari ini.

Hadi membuat keputusan tersebut sungguhpun Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyelar keempat-empat exco PAS tersebut sebagai pengkhianat kerana kekal menjawat jawatan tersebut pada penghujung era pemerintahan Khalid.

"Presiden kita, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memberitahu Azmin mengenai hal ini," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Empat exco PAS yang dimaksudkan adalah ADUN Sabak Sallehin Mukhyi, Dr Halimah Ali (Selat Klang), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Iskandar Abdul Samad (Cempaka).

Keempat-empat exco ini telah meletakkan jawatan mereka semalam sebagai menghormati perletakan jawatan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang menamatkan pemerintahannya, isnin lalu.

Menurut mereka, lantikan ke dalam barisan exco merupakan pilihan Khalid dan kini menteri besar baru telah mempunyai barisan exco sendiri yang akan diumumkan kelak. 

No comments:

Post a Comment