Followers

rantau ku sayang

Monday, September 1, 2014

''KHALID TAK PERLU SERBU RUMAH ANGGOTA PPS CARI EXCO2 DAN SAYA SEBAGAI KETUA MENTERI''-GUAN ENG


Ketua Menteri, Lim Guan Eng menegaskan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak perlu menyerbu kediaman pihak bertanggungjawab di sebalik penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sebaliknya `mencari' Exco-exco kerajaan negeri termasuk beliau sendiri sebagai Ketua Menteri.
Menurut beliau, perkara itu memandangkan penubuhan PPS adalah di bawah kuasa kerajaan negeri serta mendapat kelulusan kesemua Exco kerajaan negeri.

``Saya rasa ancaman dan ugutan sedemikian tidak seharusnya datang daripada mulut KPN.
``Kalau mahu mencari siapa yang bertanggungjawab di sebalik penubuhan PPS, kamilah iaitu Exco-exco kerana PPS ditubuhkan melalui majlis mesyuarat kerajaan negeri,'' katanya.
Beliau ditemui pemberita ketika hadir memberi sokongan kepada seramai 154 anggota PPS yang ditahan termasuk tujuh wanita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini hari ini. 

No comments:

Post a Comment