Followers

rantau ku sayang

Thursday, September 4, 2014

Pelajar Baru Perlekeh UiTM Di Laman Sosial


Seorang pelajar yang baru sahaja bergelar mahasiswa di Universiti Teknologi MARA mengejutkan banyak pihak apabila dia mencemuh serta memperlekeh universiti itu melalui laman sosial twitternya.

Pelajar yang baru mendaftar selama 3 hari itu membuat beberapa status yang mencemuh minggu orientasi UiTM dengan perkataan kesat selain mengheret nama baik universiti itu sebagai sebuah universiti yang tidak akan menjadi pilihan untuk anak-anaknya pada masa hadapan.

"Kalau aku dah ada anak dah besar nanti, i'll make sure that my children wont pursue their studies at uitm! like ever!", kata pelajar yang dikenali dengan username @mieruuzairis yang juga dipercayai mendapat tawaran pengajian perubatan UiTM.

"None of the universities in Malaysia can beat UiTM's MDS when it comes to silly slot and wasting time" tambahnya lagi di laman sosial sama.

No comments:

Post a Comment