Followers

rantau ku sayang

Friday, September 12, 2014

'Langkah Kajang' terkulai dipatahkan 'Langkah Hadi'...kini debaran 'Langkah Istana' pula


Dalam apa keadaan sekalipun Iskandar Samad terpaksa pasrah menelan spekulasi yang letak namanya paling hangat untuk jawatan Menteri Besar Selangor.
Terbaru,Rabu sampai Tan Sri Khalid Ibrahim terpaksa nafi khabar angin yang tersebar kononnya majlis angkat sumpah Iskandar sebagai Menteri Besar baru akan diadakan Jumaat ini.

Khabar angin,desas desus dan cakap-cakap adalah lumrah dalam arina politik.

Sebagai Persuruhjaya PAS Selangor apa lagi kini Exco Kerajaan Negeri apa nak hairan jika ramai yang meneropong kearahnya hingga timbul desas desus konon beliau telah dipanggil mengadap Sultan Selangor Isnin lalu.

Jenuh juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Cempaka di Pandan dekat Kuala Lumpur ini terpaksa menafikan.

Sebagai bukti Iskandar beritahu sepanjang Isnin beliau berada di beberapa lokasi untuk hadiri mesyuarat kerja dan tidak ke Istana.

Kalau nak kira dalam situasi perkembangan terbaru isu jawatan itu adalah tidak menghairankan kalau pun Iskandar terpilih.

Sebenarnya bukan sahaja Iskandar tetapi siapa saja dikalangan 15 Ahli Dewan Undangan Negeri PAS dan juga 10 ADUN PKR Selangor yang berbangsa Melayu.Tiga lagi ADUN PKR bukan Melayu.

Seramai 15 ADUN DAP Selangor boleh kira tolak sebelah kerana semuanya bukan Melayu.

Melihat dari kenyataan media Istana Selangor Isnin dimana Sultan Selangor menitahkan kemurkaan Baginda kepada PKR dan DAP kerana biadap dan derhaka serah satu nama sahaja,rasanya selamat untuk membuat andaian jawatan itu kini tidak semestinya milik PKR lagi.

Tolak DAP....ia kini sudah free for all.

Cuma setakat ini tak tahu apa respon Istana Selangor keatas surat terbaru yang dikatakan dihantar oleh PKR selepas Sultan murka.

Ramai pemerhati yang tafsir dari kenyataan Istana pada hari Isnin lalu nampak macam Sultan Selangor sudah 'tutup pencalonan' dan akan buat keputusan keatas senarai yang telah diserahkan.

Pada senarai PAS ada tiga nama dan PKR serta DAP satu nama.

Bukan setakat ini saja.Pada masa yang sama Baginda akan meneliti senarai nama-nama ADUN yang lain dari Pakatan Rakyat yang berkelayakan dan pada fikiran Baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

Melihat pada kemurkaan Baginda pada satu nama yang dikemukakan PKR dan DAP ada juga pemerhati yang rasa nama Datuk Seri Wan Azizah Ismail boleh dipotong dari senarai yang bakal dipilih.

Ini ditambah pula dengan kenyataan terbuka Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang yang kata awal-awal nampak Wan Azizah tidak mampu mentabir.

Selain itu ada juga yang ragu samaada Azmin Ali akan masuk senarai yang akan dipertimbangkan oleh Baginda.

Ikut cakap mereka mahu tak tahu Timbalan Presiden PKR yang juga Pengerusi PKR Selangor yang juga ADUN Bukit Antarabangsa juga terkena getah dari gelagat partinya yang engkar titah Sultan.

Ini lebih-lebih lagi beliau diketahui umum orang paling kanan kepercayaan Anwar.

Bukahkah baru-baru ini dilaporkan Istana Selangor tidak mahu seorang Menteri Besar yang remote control.

Ramai pemerhati melihat kemurkaan Baginda pada PKR dan DAP ada asasnya.

Kuasa Baginda sebagai penentu siapa Menteri Besar Selangor jelas tertera.

Bayangkan bukan sehari dua baru 'kenyataan murka' keluar Isnin tetapi setelah lima hari berlalu.

Istana Selangor pada 3 September Istana Selangor mengutus surat kepada PKR menolak surat parti itu mencalonkan satu nama dan meminta ia mengemukakan lebih dari dua nama untuk dipertimbangkan.

Apa alasan PKR khususnya hendak beri melengah-lengahkan sebegitu lama kemukakan lebih dari dua nama yang diminta Istana Selangor.

Apakah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim kebetulan ke luar negara dan baru balik Isnin.

Kedengaran juga cakap-cakap sinis yang berlegar ,' ini macam PKR nak suruh Sultan pula tunggu Anwar balik'.

Kedegilan PKR dan DAP dikatakan dibuat secara terang-terang terhadap Sultan Selangor.

Malah menurut pemerhati dalam situasi ini jika kalangan ADUN PKR tidak terpilih sebagai Menteri Besar mereka tidak boleh menyalahkan Sultan Selangor.

Namun dari kenyataan Istana Selangor nampak macam Baginda masih terbuka bila ia berkata " akan meneliti senarai nama-nama ADUN yang lain dari Pakatan Rakyat yang berkelayakan dan pada fikiran Baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri."

Juga menurut kenyataan itu Baginda berkeyakinan bahawa ramai calon dari ADUN Pakatan Rakyat yang mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi bagi menerajui Selangor

Soalanya siapa dikalangan ADUN PKR yang layak dan tidak masuk kategori  remote control ? Sebelum ini antara nama ADUN PKR yang tidak kurang hangat diperbualkan ialah Dr Idris Ahmad,ADUN Ijok.

Kini persoalan terbesar yang turut hangat berlegar tentulah apa agaknya senarionya jika mislanya ADUN PAS terpilih sebagai Menteri Besar.

Semua orang tahu pendirian asas ialah PAS tidak menuntut kerusi Menteri Besar Selangor kerana menghormati permuafakatan ia adalah milik PKR.

Kalau ikut cakap Timbalan Presiden PAS Mat Sabu baru-baru ini jika Sultan pilih juga dari PAS maka parti itu akan tolak.

Namun kalau ikut versi Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali parti itu akan terima apa jua keputusan Sultan.

Haji Hadi sendiri setakat ini belum menyuarakan pendirian rasmi beliau mengenai kemungkinan itu.

Cuma bagaimana agaknya seorang Menteri Besar PAS nak mentabir negeri pada ketika PKR dan DAP tarik muka dan tak senang duduk.

Ini sudah macam menyintuk limau pada satu luka sudah parah gara-gara ketegangan antara PAS dengan PKR dan DAP mengenai isu itu kebelakangan ini.

Mampukah mereka senang-senang begitu saja akan saling berkata lets forgive and forget...it's business as usual?

Melihat secara keseluruhan ada banyak liku dan ranjau lagi.

Setelah 'Langkah Kajang' dipatahkan oleh 'Langkah Hadi'...kini ' Langkah Istana' pula mencetuskan debaran.

Langkahlah ikut mana sekalipun the final say tetap ada pada Sultan Selangor.

No comments:

Post a Comment