Followers

rantau ku sayang

Saturday, July 6, 2013

Kerajaan Perlu Tapis Senarai Rakyat Di Mesir Yang Ingin Di Bawa Pulang

Demo bersih di Cairo
Syukur kerana rakyat Malaysia di Mesir dalam keadaan selamat. Namun, seperti yang kita maklum ramai rakyat Malaysia yang berada di Mesir, terutamanya para pelajar. Dalam krisis yang berlaku beberapa tahun lalu kerajaan telah memunggah rakyat Malaysia pulang ke tanah air demi menjaga keselamatan mereka. Seperti yang kita sedia maklum juga ramai para pelajar Malaysia adalah penyokong Pas. 

Saya jangka untuk krisis kali ini kemungkinan besar kerajaan sekali lagi akan menggerakkan operasi membawa pulang rakyat Malaysia. 

Untuk operasi kali ini saya cadangkan agar kerajaan hanya membawa pulang rakyat Malaysia yang tidak berparti atau yang menyokong BN sahaja. Yang sokong Pas atau puak-puak Pas jangan di bawa pulang. Sebab selama ini mereka memang suka kepada demonstrasi jalanan dan sebagainya. 

Sampai di Mesir pun mereka buat demo bersih dan sebagainya. Jadi kali ini biar mereka hidup dalam demonstrasi yang menjadi kegemaran mereka. Tak perlu kita nak fikir pasal keselamatan mereka dan sebagainya. Sebab masa mereka buat demo pun mereka tidak pernah fikir pasal keselamatan dan kesusahan orang lain. 

Hiduplah kau orang dalam demonstrasi yang menjadi kegemaran kau orang selama ini...

1 comment:

  1. setuju...setuju... amat2 setuju...

    bior yang suka demo tu.. dok di mesir, boleh join demo di sana..

    ReplyDelete