Followers

rantau ku sayang

Monday, July 22, 2013

Hadi Awang Lupa Dalam Pakatan Lagi Ramai 'Syaitan'

Bekas calon PKR, bagi DUN Bukit Besi yang tampil dengan kenyataan menyelar dakwaan Presiden PAS sebagai tindakan yang sudah terlambat. Untuk mengembalikan maruah sebagai seorang yang bersih dari tuduhan mengedar pil kuda.

Apa yang menarik kenyataan Hadi Awang bermaksud untuk menidakkan kehadiran puak-puak bertopengkan komunis dan tercemar dengan jenayah dadah.



Semasa kempen PRU-13 yang lalu, Presiden Pas itu ketika berucap dalam satu majlis ceramah mengatakan dia mendapat maklumat ada calon yang membuat kerja ‘haram’ iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di Rusia iaitu Karl Marx, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin di markas parti mereka.

Dia turut menegaskan Pas tidak boleh menerima calon sebegitu dan tindakan itu diambil agar ‘syaitan-syaitan’ tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang. Ia bagi menjelaskan isu kenapa Pas terpaksa bertanding di kawasan tertentu sehingga menyebabkan pertindihan sesama sendiri.


Wah! Indah sungguh prinsip PAS yang dikeluarkan Hadi Awang ini. 'Syaitan-Syaitan' tak boleh masuk dalam group Pakatan??

Bukan ke memang sedia maklum ramai 'syaitan-syaitan' ada dalam kelompok pembangkang? Syaitan yang bermata lebam, syaitan yang berkerusi roda, syaitan yang gagap, syaitan yang balun bini orang, syaitan yang mendoakan keburukan sesama Islam dan bermacam jenis syaitan lah dalam keluarga Pakatan ni.

Justeru, hakikat yang perlu disedari oleh semua penyokong PAS, buru dan hapuskanlah 'syaitan-syaitan;' dikalangan kamu sebelum lantang ingin menyekat syaitan yang Hadi Awang tuduh dalam sekutunya itu.

No comments:

Post a Comment