Followers

rantau ku sayang

Wednesday, July 31, 2013

Peguam Negara Diserang Penyakit...




Peguam Negara seperti telah diserang penyakit PEKAK BADAK yang amat kronik dan sukar untuk diubat. SUARAM, Tian Chua dan R. Sivarasa Rasiah, langsung tidak wujud di hati Peguam Negara. 

Segala kegiatan yang merosakkan bangsa dan cerita-cerita pasti tentang skandal menjatuhkan Sabah dan pelbagai lagi dakwaan yang relevan untuk dituduh atas mereka. Namun, sayang...mungkinkah Peguam Negara kita buta mata atau buta hati.

Sampai bila sebenarnya penyakit PEKAK BADAK Peguam Negara akan berjaya diubati? Apakah Peguam Negara yang sudah berpenyakit dan terlalu kecut perut untuk menyeret manusia dari kalangan Pakatan Rakyat ke muka pengadilan?

Apakah akan terus dikekalkan pada kedudukannya sekarang? Wajarkah rakyat Malaysia bergantung harap kepada Peguam Negara yang terlalu gementar untuk menjalankan tugasnya? Berundurlah wahai Peguam Negara..pelapis kamu masih beratus menanti untuk tampil memartabatkan undang-undang negara.

No comments:

Post a Comment