Followers

rantau ku sayang

Friday, July 26, 2013

Artikel Buat Pembangkang Yang Gilakan Hudud

HUDUD, Apa yang kita tahu mengenai hukum islam ini? Tidak perlu pergi jauh.
Tidak kira siapa pun anda,.Menteri, Pensyarah, Doktor, Free Thinker, pelajar jurusan ekonomi. Hanya dengan anda meluangkan masa selama 5 minit dengan membaca artikel ini, anda akan tahu dan memahami APA ITU HUDUD YANG SEBENAR.


"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama".(Dr. Mahathir b.Mohamed, 2.5.1992)

Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan(18/10/2012)

“DAP dan Pas boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini untuk memecah belahkan kita.
Jelas, ‘dasar bersama’ tersebut tidak menyebut tentang perlaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan PR masa depan,”
 Guan Eng (30/7/12)

PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai." Karpal singh (24/8/2010)



"They (PAS) had proclaimed that Malaysia should be an Islamic state. Now, I have taken the issue with them and I have suggested that in a multi-religious country like Malaysia, any pronouncement or proposition for the establishment of Islamic state is untenable," Anwar Ibrahim (9/4/2005)

Dalam keghairahan memberi pendapat, sama ada berasas ataupun tidak, atau hanya berdasarkan rasional semata-mata. Tanpa disedari mereka telah terheret menghina hukum agama. Di sini bermulalah peringkat di mana seseorang itu harus menyedari bahawa hudud itu bukanlah miliknya atau milik orang lain. Tetapi ia adalah hukum yang diturunkan kepada manusia kerana keihsanan Maha Kuasa.

Pendapat yang melulu tanpa mengetahui hukum melaksanakannya sama ada fardu ain atau kifayah menyebabkan orang boleh berkata bahawa hudud adalah lapok dan hanya sesuai pada zaman manusia berkafilah dengan unta.

Ketakutan yang mencengkam masyarakat kita terutamanya ahli politik adalah:

- Pembangunan Negara akan terbantut kerana ramai yang akan cacat.
- Akan menimbulkan konflik perkauman dan keagamaan kerana ditakuti kaum-kaum lain yang tidak dapat menerimanya.
- Industri pelancongan akan merosot kerana terlalu banyak perkara yang dilarang
- Tokoh-tokoh politik berasa kuatir jika dilaksana akan membuat mereka hilang pengaruh di kalangan kaum lain dan sebagainya.

Wahai pencinta keamanan.
Jernihkan kembali persepsi kita mengenai hukum ini yang telah tercemar dek tsunami media massa. Saya menyeru kalian untuk bersama melihat hakikat hukum hudud ini. Bukalah topi politik kita sebentar dan bacalah artikel ini sehingga tamat. Kemudian, terpulang kepada anda wahai sang pencinta keamanan, untuk menilai hukum yang turun dari langit ini.

Pertama
Izinkan saya memperjelas dan memperbetul dahulu salah faham yang berleluasa mengenai hukum hudud ini.

HUKUM HUDUD TIDAK ADIL
Jika seorang wanita dirogol. Lalu dia membuat laporan kepada pihak berkuasa. Namun dia tidak dapat membawa 4 orang saksi lelaki. Maka, penjenayah tersebut terlepas dari hukum hudud. Di mana sepatutnya hukum hudud bagi muhsan (orang yang belum melakukan hubungan intim suami isteri) yang berzina adalah seperti yang termaktub dalam firman ALLAH SWT dalam surah an Nur ayat 2:

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang daripada keduanya seratus kali sebat”

Hukum hududnya akan dilaksanakan bila mana mempunyai salah satu dari syarat tersebut:

- Pengakuan salah si tuduh bahawa ia telah melakukan kesalahan itu atau
- Sekurang-kurangnya 4 orang saksi lelaki Islam yang baligh

Berbalik kepada kes rogol tadi. Jadi, pesalah rogol itu tidak akan dikenakan hukum hudud yakni sebatan sebanyak 100 kali sedangkan dia benar-benar telah merogol wanita tersebut. Maka hukum hudud tidak adil.
Sebentar wahai pencinta keadilan.

Seksyen 9(1) Ordinan Kesalahan Zina 1979, Pakistan. Memperuntukkan zina atau zina secara paksaan (zina-bil-jabr), yang dibuktikan secara kesaksian (syahadah). Tetapi tidak mempunyai saksi yang cukup (kurang dari 4 orang) maka hudud tidak boleh dilaksanakan. TETAPI
Mahkamah boleh melaksanakan hukum TAKZIR.
 Apa itu hukum takzir? InsyaAllah akan kita huraikan sebentar lagi.
Mana lagi berat, hukum takzir atau hudud?

Jika hukum hudud bagi orang yang berzina dan cukup syarat kesaksiannya, maka 100 kali sebat merupakan hukuman yang di tentukan oleh ALLAH SWT.
Tetapi di dalam hukum Takzir, hukuman boleh menjadi lebih berat. Kerana hukuman tersebut ditentukan oleh kebijaksanaan hakim itu sendiri. Jika hukum hudud 100 kali sebat, boleh jadi takzir lebih berat. Mungkin sebat itu menjadi 80 sahaja, namun ditambah pula dengan denda RM10 000 atau penjara 20 tahun atau dibuang negeri atau kombinasi semua hukuman tersebut.

Jadi, pesalah rogol tersebut tidak akan sesekali terlepas. Begitulah adilnya undang-undang jenayah Islam.

Seterusnya,
Izinkan saya untuk terus membongkar betapa adilnya Undang-undang jenayah Islam ini.

BUKAN SENANG UNTUK LAKSANA HUKUMAN HUDUD.

Islam tidak lapar untuk menghukum. Islam sendiri merupakan ajaran yang mendidik. Bukan menghukum sesuka hati. Malah pensyariatan hudud dan qisas di dalam hukum jenayah Islam sendiri adalah untuk mendidik masyarakat menjadi baik. Membentuk masyarakat yang takut untuk melakukan kejahatan dan kemungkaran hasil dari kesedaran dari dalam diri mereka sendiri. Sekali lagi saya nyatakan, Islam tidak lapar untuk menghukum.

Kita singkap kembali sirah Rasulullah saw. Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah saw lalu membuat pengakuan bahawa dia telah melakukan zina. 

Hadis Rasulullah Saw daripada Abu Hurairah:

“Seorang lelaki telah datang memanggil Baginda ketika Baginda berada dalam masjidnya sambil berkata : Ya Rasulullah, sesungguhnya saya telah berzina. Lalu Baginda menolak pengakuannya sehinggalah dia datang kepadanya sebanyak 4 kali. Apabila dia selesai membuat pengakuan terhadap dirinya sebanyak 4 kali, Baginda terus memanggilnya dan bertanya lagi : Adakah engkau seorang yang sudah muhsan (telah berkahwin dan melakukan hubungan intim suami isteri)? Dia menjawab : Ya. Lantas dengan itu Baginda bersabda : Bawalah dia pergi dan rejamkannya.”

Wahai pencinta keadilan,
Lihat. Betapa adilnya hukum jenayah Islam ini. Walaupun lelaki tersebut telah mengaku kesalahan zinanya, namun Rasulullah saw masih menyoal sedetailnya.

Sehingga jika pesalah tersebut menarik semula pengakuan salahlakunya itu sebelum hukum hudud dilaksanakan, makahukuman hudud tidak boleh dilaksanakan terhadap pesalah tersebut. Kerana hukuman hudud akan terhalang dengan wujudnya syubhah.

Maka benarlah, islam tidak lapar untuk menghukum.
Hukum jenayah Islam adalah untuk mendidik masyarakat menjadi baik dan berguna.

Rasanya cukuplah sedikit untuk kita perjelas salah faham yang berleluasa kini. Mari bersama saya untuk mengetahui dan memahami konsep dan pelaksanaan sebenar undung-undang jenayah Islam ini.
Ia mudah. Buka topi ego dan politik masing-masing.
Seterusnya, keadilan dan kesaksamaan undang-undang ini akan terpancar di mata kalian.

No comments:

Post a Comment