Followers

rantau ku sayang

Sunday, July 28, 2013

Apa Erti Kemerdekaan Negara Bila Pengganas Komunis Di Julang Sebagai Hero?


Sebuah filem yang mengangkat Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero, berjudul The New Village bakal ditayangkan di pawagam tanah air mulai 23 Ogos nanti iaitu di bulan kemerdekaan negara.

Tayangan trailer filem tersebut yang menceritakan kisah masyarakat Cina di Kampung Baru sudah tersebar di internet dan ditonton sebilangan masyarakat. Siapakah yang bersengkokol dan bagaimana filem yang mengangkat perjuangan komunis itu boleh ditayangkan apatah lagi di bulan kemerdekaan sedangkan filem Tanda Putera terpaksa ditangguh penayangannya beberapa kali??

Mereka yang terlibat dalam penghasilan filem berkenaan termasuk penerbit bersama, Astro Shaw TIDAK sensitif terhadap penderitaan mangsa kekejaman komunis terutamanya bekas perajurit.

Sesungguhnya Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia disarankan agar mengambil tindakan sewajarnya jika benar filem tersebut mengagungkan komunis seperti dalam tayangan trailer.

Apa nak jadi dengan negara ini. Filem macam ini pun akan ditayangkan ke? Tengok bertapa terhinanya filem sejarah negara seperti Tanda Putera yang terpaksa ditangguh beberapa kali akibat desakan bukan Melayu. Sedangkan filem The New Village ini begitu mudah pula mendapat hak tayangan dan apa yang lebih malang bila ia bakal ditayangkan pada bulan kemerdekaan Negara.

Hapuskan RASUAH!!

No comments:

Post a Comment