Followers

rantau ku sayang

Friday, July 26, 2013

Lim Kit Siang Dilema DAP Bakal Dibubarkan

Lim Kit Siang kini ibarat cacing kepanasan apabila dengan sendirinya membuat tafsiran bahawa kononnya kerajaan akan membuat kejutan pada Aidilfitri ini tatkala DAP sendiri dilema pembatalan pertubuhan. Lim Kit Siang mengeluarkan andaian umpama beliau sendiri risau dan ragu jika benar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan membatalkan pertubuhan DAP maka ini satu malapetaka buat DAP.

Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman memberi peringatan agar DAP tidak memasang harapan untuk membentuk parti baru jika jabatan bertindak membatalkan pendaftaran parti baru. Menurutnya lagi, sejak lima tahun lalu ROS tidak melayan 39 permohonan untuk pendaftaran baru. Apatah lagi pertubuhan politik.

Kini, Lim Kit Siang menafikan pula ada pendapat dan ura-ura pimpinan DAP mahu membentuk parti baru jika ROS membatalkan pertubuhan ini berikutan terdapat kesalahan dalam pemilihan yang diadakan sebelum ini.

Bagaimanakah sesebuah pertubuhan itu boleh terbatal? 

Terdapat banyak sebab-sebab mengapa pendaftaran sesebuah pertubuhan itu dibatalkan. Di antara sebab-sebabnya adalah seperti berikut:-
  1. Pertubuhan telah dibubarkan oleh ahli-ahlinya di bawah Seksyen 13(1)(a).
  2. Pertubuhan yang didapati bertentangan dengan keselamatan negara, ketenteraman awam atau akhlak negara dan perintah di buat oleh Menteri mengikut Seksyen 5 seperti yang diperuntukan di bawah Seksyen 13(1)(b).
  3. Pertubuhan yang didaftarkan di atas penipuan atau kesilapan atau salah nyataan di bawah Seksyen 13(1)(c)(i).
  4. Pertubuhan digunakan bagi maksud-maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi maksud-maksud yang bertentangan dengan keamanan, kebajikan, ketenteraman atau akhlak di bawah Seksyen 13(1)(c)(ii).
  5. Pertubuhan didapati telah berusaha mencapai tujuan-tujuan lain daripada tujuan-tujuan yang ia didaftarkan di bawah Seksyen 13(1)(c)(iii).
  6. Pertubuhan didapati sengaja melanggar Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984 atau undang-undang tubuh atau melanggar Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, di bawah Seksyen 13(1)(c)(iv).
  7. Pertubuhan yang tidak wujud lagi di bawah Seksyen 13(1)(c)(v).
  8. Pertubuhan yang telah gagal mematuhi perintah meminda undang-undang tubuh pertubuhan seperti yang dikehendaki oleh Pendaftar mengikut Seksyen 13A, seperti disebutkan di bawah Seksyen 13(1)(c)(vi).
  9. Pertubuhan yang gagal mematuhi peruntukan di bawah Seksyen 2A seperti disebutkan di bawah Seksyen 13(1)(c)(vii).
  10. Pertubuhan yang melanggar peruntukan mengikut Seksyen 52 seperti disebutkan di bawah Seksyen 13(1)(c)(viii).
  11. Pertubuhan yang menghadapi pertikaian dikalangan ahli-ahli atau pemegang jawatan dan gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 16(1) seperti disebutkan di bawah Seksyen 13(1)(c)(ix).
  12. Pertubuhan yang gagal mengemukakan penyata tahunan seperti disebutkan di bawah Seksyen 13(1)(d).

No comments:

Post a Comment