Followers

rantau ku sayang

Friday, July 5, 2013

Teo Kok Seong Kencing Lagi...Dakwa DAP Mesra Kaum?? Hampeh!!

Aku nak gelak bila aku terbaca kenyataan Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong yang juga merangkap Ketua Pemuda DAPSY yang mengatakan DAP adalah sebuah parti berbilang kaum.

Apakah logiknya bila dikatakan DAP parti berbilang kaum? Apa yang kita semua sedia maklum DAP adalah parti yang perkauman? Jika tidak, masakan kaum-kaum yang berbilang di dalam parti itu boleh disampahkan sesuka hati oleh pimpinan DAP itu sendiri?

Rakyat bukan bodoh dan buta hati untuk mengerti kenyataan Kok Seong yang beria-ia membela pertualang seperti bekas calon DAP Parlimen  Tanjung Piai, Mahdzir Ibrahim.

DAP yang kini tersepit dihantui populariti sebagai parti rasis kini mengatur taktik kononnya parti itu sebuah pati berbilang kaum. Walhal, nasib kaum India sebagai ahli parti itu sendiri dinafikan..

Sepatutnya Kok Seong 'refer' dulu bos-bos yang lain sebelum membuat kenyataan kerana ianya mengundang kesan buruk pada imej DAP yang terang-terang menafikan ianya sebuah parti berbilang kaum..tetapi ianya parti satu kaum saja.

No comments:

Post a Comment