Followers

rantau ku sayang

Saturday, July 27, 2013

Pengaruh Menantu Resahkan Pemimpin Otai PAS

PAS kini dikatakan meludah kelangit terkena muka sendiri apabila pengaruh menantu kini mencemar imej parti itu sendiri. Zaharudin Muhammad, adalah menantu pilihan Haji Hadi Awang merupakan satu nama yang mungkin tidak ramai mengenalinya kecuali ahli politik PAS sendiri.

Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS pada 2011 dan sebagai Ketua Jabatan Agama di syarikat milik kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad pada 2012.Zaharudin dikatakan akan memainkan peranan besar dalam pemilihan PAS akhir tahun ini dimana terdapat gerakan untuk menyingkirkan golongan profesional atau “Erdogan” 

Apa yang ingin diperkatakan sebenarnya adalah budak Zaharudin inilah sebenarnya kunci kepada beberapa pemimpin PAS yang mahu diri kekal berkuasa, berjawatan dan berpengaruh dalam parti biarpun tewas dalam pilihanraya yang lalu. Tambahan lagi, Zaharudin atau lebih dikenali dengan gelaran Din Ayam ini mempunyai sefahaman yang rapat dengan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan dan Timbalannya, Nik Abduh Nik Aziz.


Menurut sumber lagi, Zaharudin juga telah merangka satu team untuk menjunamkan pemimpin professional PAS yang baginya sebagai kudis kekal di dalam parti. Antara pemimpin yang tersenarai dalam proses nyah-keluar dari PAS adalah Mat Sabu, Husam Musa, Salahudin Ayub dan  Dr. Dzulkefly.
sumber: sini

No comments:

Post a Comment