Senang-senang saja pemimpin
Pakatan Rakyat khususnya PKR menjual temberang di hadapan penduduk kampung
semasa saat akhir kempen PRK Kuala Besut kelmarin apabila si kembar Khalid
Ibrahim dan Khalid Samad memberi gambaran kononnya sewaktu Selangor dibawah Barisan
Nasional, negeri itu jauh lebih miskin berbanding dengan sekarang setelah
dikuasai Pakatan Rakyat.
Tapi malang, penduduk kampung di Kuala Besut bukan bodoh seperti dijangka kerana keputusan rasmi telah menjelaskan kepada kedua-dua samdol PR ni bahawa setiap kata-kata mereka bukanlah 100% sahihnya.
Sedangkan rakyat tahu Selangor ditinggalkan oleh Umno/BN kepada PKR-Pakatan dalam keadaan yang amat selesa dan maju. Malang bagi Selangor bilamana penggal pertama Pakatan Rakyat menguasai kerajaan negeri, habis segala peruntukkan negeri disia-siakan untuk benda-benda yang langsung tidak mendatangkan faedah kepada rakyat sebaliknya kewangan negeri juga ditinggalkan hampir kosong.
Temberang mereka cukup mudah. Selangor dibandingkan
dengan Terengganu. Kononnya, di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, Selangor
lebih maju dari Terengganu sedangkan Terengganu pula adalah sebuah negeri
pengeluar minyak utama di Malaysia. Perkampungan nelayan di Kuala Besut,
dijadikan sebagai contoh tentang betapa miskin, daif dan marheinnya penduduk
Kuala Besut.
Konon-kononnya juga, pentadbiran Pakatan Rakyat di
Selangor telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan berbanding rakyat
Terengganu.
Kalau setakat temberang orang kampung yang hanya
mendengar cerita dari sumber Pakatan Rakyat sahaja, ianya bolehlah dikira
berjaya. Sesiapa sahaja yang menyokong Pakatan Rakyat, walau seburuk mana atau
selemah mana pun penipuan yang dibuat oleh pemimpin mereka, ianya akan ditelan
dan dihadam dengan sepenuh kepercayaan.
Tetapi sekiranya, kebenaran yang disampaikan itu bukan
dari Pakatan Rakyat, ianya akan segera ditanggapi sebagai fitnah sepertimana
yang berlaku dalam kes Anwar Ibrahim.
No comments:
Post a Comment