Followers

rantau ku sayang

Monday, July 29, 2013

Betul Ke? Mat Sabu Pengikut Syiah?

Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Zahid Hamidi hari ini memberi peringatan kepada pimpinan parti-parti politik agar menasihat dan mengambil tindakan wajar terhadap ahli-ahli parti yang terlibat secara langsung dalam fahaman Syiah.

Bagi penulis, Zahid Hamidi memberi maksud kepada pimpinan PAS iaitu Mat Sabu yang terang lagi bersuluh mempunyai fahaman dan pengikut tegar Syiah. Menurut rakan sepasukan dalam parti PAS, ciri-ciri puak syiah memmang sebati dengan Mat Sabu yang tidak pernah pergi solat jumaat, membuat hukum sendiri, selain melakukan pelbagai taqiyyah (berpura-pura) selain tersebarnya video kunjungan pemimpin berkenaan ke atas rejim ganas Bashar ketika seluruh umat Islam mengutuk keganasan Presiden Syria terhadap rakyatnya sendiri.

Apa yang ingin penulis tonjolkan di sini, pemimpin tertinggi Pas dikatakan tidak mempunyai taring dan keberanian politik untuk mengambil tindakan drastik terhadap pemimpin atasan tersebut yang selama ini secara terang-terangan menyalahi undang-undang tubuh Pas.

Undang-undang tubuh Pas mengharamkan ahli-ahlinya menganut fahaman selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tapi biarpun mengetahui ada ahlinya menganut fahaman syiah, Presiden dan Mursyidul PAS, membisu kerana mulut sudah dikunci dek kerana takutkan rakyat hilang keyakinan untuk menyokong parti PAS.

No comments:

Post a Comment