Followers

rantau ku sayang

Wednesday, January 16, 2013

Anwar terlibat dalam kumpulan Freemason : Padanlah tak takut Allah !!

Ibrahim Ali menunjukkan salinan nama Anwar Ibrahim yang terdapat dalam kumpulan Freemason di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia bagaimana nama beliau boleh tersenarai sebagai salah seorang ahli dan pemimpin dalam organisasi Yahudi antarabangsa, Freemason.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang terkejut dengan perkara itu berkata, berdasarkan senarai kedudukan yang disiarkan dalam laman web organisasi tersebut, Civil Service Lodge No. 148, peranan Anwar begitu aktif.

“Saya tidak menuduh Anwar tetapi menuntut beliau memberi penjelasan kerana perkara ini sangat mustahak. Ini kerana nama individu yang menyandang kedudukan dalam organisasi tersebut sama dengan Anwar tetapi jika hanya pelanduk dua serupa tidak mengapa.

“Apa yang saya bimbang jika individu tersebut benar-benar ketua pembangkang. Jika itu berlaku sudah pasti ia akan mengancam kedudukan Islam di negara ini kerana Freemason satu gerakan sulit Zionis yang bertujuan mempromosi kekuasaan Yahudi di seluruh dunia.

“Persoalannya bagaimana nama Anwar boleh berada di dalam kumpulan ini ? Anwar perlu jawab dan jika benar beliau tidak terlibat sila tampil dengan penjelasan, bukan berdiam diri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut laman web Civil Service Lodge No. 148, jawatan Anwar dalam Freemason pada 2004 dan 2005 adalah sebagai Junior Deacon, 2009 dan 2010 sebagai Director of Ceremonies, manakala pada 2011 pula berperanan sebagai Tyler.

Freemason bermaksud bebas membangun dan sejarah penubuhan gerakan itu bermula selepas Perang Salib.

Ia ditubuhkan dengan matlamat untuk membina gereja Solomon di atas tapak Masjid al Aqsa di Baitulmuqaddis selain bertujuan membolehkan kelompok Yahudi menguasai dunia baik dari sudut sosial, ekonomi serta politik.

Menurut Ibrahim, maklumat perkara tersebut difaks oleh pihak tidak dikenali dan selepas beliau sendiri meneliti serta membaca maklumat yang disiarkan di laman web berkenaan, ternyata terdapat seorang individu bernama Anwar Ibrahim dalam gerakan itu.

“Kita bimbang, jika tiada penjelasan segera daripada Anwar, masyarakat khususnya umat Islam di negara ini akan menjatuhkan hukuman lebih awal dengan mengambil kira kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini termasuk menyokong keselamatan Israel.

“Namun, saya masih lagi menaruh harapan bahawa semua ini tidak benar, iaitu Anwar tidak terlibat dengan gerakan sedemikian walaupun satu dunia mengetahui hubungan rapat ketua pembangkang dengan pemimpin-pemimpin Yahudi,” katanya – Utusan Malaysia
 baca ini lagi , pengakuan Anwar..klik sini

No comments:

Post a Comment