Lisa Surihani dan ibunya mengamali kerugian hampir RM50 ribu apabila duit simpanan mereka di sebuah bank hilang.
Menurut seperti apa yang Belalang baca di Harian Metro dan Mstar
Online, ibu Lisa, Siti Amira Ahmad, menyedari tentang perkara ini ketika
mahu mengeluarkan wang pada Jumaat lalu kira-kira pukul 10.30 pagi di
mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Seksyen 9 Bandar Baru
Bangi.
Sumber polis berkata, ketika membuat semakan baki simpanan Siti Amira
mendapati wang dalam akaun mereka berkurangan dan mengesyaki berlaku
penipuan kerana sebelum ini dia tidak membuat sebarang pengeluaran wang.
Menurutnya, apabila dirujuk kepada pihak bank dia diberitahu kad ATM
miliknya sudah tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan dengan kad
baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya.
“Berikutan itu Siti Amira bersama Lisa Surihani tampil membuat
laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada hari yang sama,” katanya.
Sumber itu berkata, selepas semakan dilakukan, rekod pengeluaran wang
menunjukkan wang dalam akaun dua beranak itu dikeluarkan di beberapa
tempat dan terbaru di Kuantan, Pahang, Selasa lalu.
Sementara itu, Lisa Surihani ketika dihubungi enggan mengulas lanjut
mengenai kejadian itu dan menyerahkan kepada pihak polis untuk
menjalankan siasatan.
“Buat masa ini saya tidak mahu menceritakan kejadian sebenar yang
terjadi tambahan ia kini dalam siasatan polis dan hanya akan memberi
penjelasan selepas siasatan selesai.
“Apa yang boleh saya katakan laporan yang dibuat itu berkaitan dengan kehilangan wang,” katanya.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh
mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut
dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaa
No comments:
Post a Comment