Salah satu daripada artikel yang disiarkan oleh Malaysia Chronicle (MC)
pada 7 Januari 2013 bertajuk: ‘New PM for Malaysia – Najib to be forced
to step down on health reasons’ (PM Baru Untuk Malaysia - Najib
Terpaksa Letak Jawatan Kerana Masalah Kesihatan), semestinya
menggembirakan sesetengah pihak.
Menurut artikel tersebut, Perdana
Menteri telah jatuh sakit dan tidak keluar untuk sebarang acara selama
dua minggu, kemungkinan disebabkan oleh tekanan yang disebabkan oleh
kemunculan Deepak Jaikishan, yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kes
pembunuhan Altantuya.
MC juga melaporkan bahawa mantan Perdana Menteri,
Tun Mahathir kini sedang berusaha untuk menaikkan Timbalan Perdana
Menteri, Muhyiddin Yassin untuk mengambil alih tugas Perdana Menteri.
Khabar angin yang disebarkan oleh MC itu juga merupakan sambungan dari
kisah yang dikeluarkan oleh media tersebut berkenaan dengan insiden
dimana PM diserang angin ahmar.
Bagaimanapun, pada 8 Januari yang lalu,
Perdana Menteri menjalankan tugas beliau seperti biasa dimana beliau
telah melancarkan Bursa Dagangan dan Sukuk. Beliau juga mampu
'menyembunyikan penyakit' beliau sepanjang acara tersebut.
PM juga telah
menghadiri himpunan bulanan di Jabatan Perdana Menteri pada hari
berikutnya tanpa menunjukkan sebarang tanda bahawa beliau sedang sakit.
Dan hari ini, kita dapat lihat PM menghadiri Persidangan Transformasi
Perundangan tanpa sebarang masalah.
Jadi, untuk menjustifikasikan
artikel tersebut, terdapat beberapa kemungkinan yang boleh diambil.
Samada PM dengan ajaibnya sembuh dari penyakit yang amat serius seperti
yang didakwa oleh MC, atau, beliau tidak sakit langsung.
Dalam erti
lain, dakwaan yang dibuat oleh MC hanyalah rekaan semata-mata, atau,
media yang mempunyai kaitan dengan Singapura dan juga pihak pembangkang,
Tian Chua terutamanya, mempunyai agenda mereka tersendiri. Menimbulkan
huru-hara kelihatan seperti 'pelan terbesar' bagi puak pembangkang, dan
ketua mereka.
Walaupun jarang didengar, misi-misi seperti menghasut
rakyat supaya membenci kerajaan, menanam semangat perkauman dan membuat
rakyat percaya bahawa mereka ditindas oleh kerajaan walaupun sebenarnya
mereka hidup serba mewah telah lama dijalankan, seawal zaman 60-an
sepertimana yang didedahkan oleh bekas pegawai CIA seperti Philip Agee,
Michael Scheuer dan ramai lagi.
Objektif bagi misi-misi ini adalah untuk
mengawal sumber-sumber utama negara yang ingin ditakluk bagi menguasai
ekonomi, dan meletakkan pemimpin boneka mereka sebagai ketua negara.
Salah satu daripada contoh kepada 'eksperimen' ini adalah Bosnia.
Kita
dapat lihat bagaimana Bosnia musnah akibat daripada pergaduhan antara
agama, walaupun pada mulanya, negara tersebut didiami oleh rakyat yang
harmoni. Bagi mereka, pihak pembangkang adalah alat yang terbaik bagi
mereka untuk menjalankan misi-misi menghancurkan sesebuah negara.
Dengan
menggunakan media sebagai medium untuk menyampaikan ideologi mereka,
segala kuasa berada dalam genggaman mereka. Dan perkara ini, dapat
dilihat melalui artikel yang disiarkan oleh MC, dan juga beberapa media
lain selain daripada badan-badan yang bersekutu dengan mereka.
Apa yang
cuba digambarkan oleh MC adalah untuk menunjukkan bahawa Tun Mahathir
sebagai seorang 'puppet master', yang BN takut akan 'Kebangkitan Rakyat'
yang dikuasai Anwar melalui Pakatan Rakyat.
Jadi, jika MC masih mahu
mempertahankan diri mereka daripada dakwaan yang mengatakan bahawa
mereka adalah salah satu daripada alat yang digunakan sebagai misi
pertukaran rejim, kita patut memberikan mereka penghargaan kerana
menjadi satu-satunya media yang berjaya mencari isu yang bukannya isu.
No comments:
Post a Comment