AHLI PAS DISERU MENANGKAN UMNO ELAK KEMUDARATAN LEBIH BESAR
YBHG. DATO DR. HARON DIN, YB. DATO DR. HASSAN ALI, YB DATO NASHARUDIN MAT ISA LAMBANG SEBENAR
Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh.
Kepada Yang Dihormati,
YBhg. Dato' Dr. Haron Din, YB. Nasharudin Mat Isa, YBhg. Dato Haron Taib, YBhg. Dato Ismail Kamus dan YB. Dato' Taib Azamudin.
Terlebih dahulu kita bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah
dan kurniaNYA, kita masih ada kesempatan untuk berdakwah, beristigfar,
bermunajat dan berdoa kepada ALLAH SWT. Kita semua, baik UMNO dan PAS,
telah berusaha sedaya upaya mengangkat martabat dan kesucian agama Islam
dan umat Islam untuk mendapat keredaan ALLAH SWT.
Menurut
seorang pemimpin pemuda PAS di Selangor, Cukup-cukuplah perkawanan
dengan DAP, lihatlah mudarat yang akan datang jika Pakatan memerintah.
PAS tidak mampu menasihati malah tidak ada kekuatan untuk memimpin
Pakatan, sudah sampai masanya PAS keluar dari Pakatan. Sekaranglah
masanya, bukan selepas PRU13. Inilah masa untuk menunjukkan perpaduan
ummah, dan menghancurkan musuh-musuh Islam terutama DAP.
Di
Kedah malah di Kelantan, tok-tok guru pondok, dan orang-orang tua yang
berumur 60 dan 70 tahun di kampung-kampung jika dulunya penyokong kuat
PAS, kini sudah mula berkata, "kalau beginilah PAS hari ini, baik kita
keluar PAS dan buat parti PAS baru seperti dulu". Inilah suara-suara
pendokong-pendokong PAS asal yang kecewa. Bukan saya yang berkata
perkara ini, saya hanya menulisnya, yang menyebutnya kepimpinan pemuda
PAS yang pernah menjadi calon dalam beberapa PRU yang lepas.
Lihatlah juga, apabila Majlis Syura memutuskan Tidak Boleh menggunakan
nama ALLAH SWT sebagai gantinama kepada GOD (agama Kristian), DAP
melalui Pengerusinya Memberi Kata Dua kepada YB Dato Nik Aziz Nik Mat
(Mursyidul Am) dan YB Datuk Hj Hadi Awang (Presiden) supaya menarik
balik keputusan Majlis Syura itu.
YBHG. DATO ISMAIL KAMUS & YBHG. DATO' HARON DIN MENYEDARKAN AKAN KEBIADAPAN DAP
Pertembungan Pemikiran dalam PAS sekarang menjadi semakin kemerut
apabila hanya tinggal kira-kira 20% hingga 25% sahaja golongan Ulama
dalam PAS. Parasit-parasit Anwar yang semakin mendominasi PAS berjaya
meng'adjust' keputusan-keputusan PAS sebagaimana Mat Sabu berjaya
meng'adjust' keputusan Kalimah Allah.
Sebabnya mudah, PAS tidak
mungkin dapat menghalang kekuatan DAP sekarang ini, yang menerima dana
dan latihan dari luar negara. Di mana-mana sekarang, ahli-ahli PAS
bercakap supaya PAS keluar dari Pakatan.
Jika DAP menguasai
kerajaan Pakatan selepas PRU13, orang-orang PAS sendiri tahu betapa
ligatnya DAP menguasai dan menjaga kuasa itu, menggunakan kuasa itu,
yang mana akhirnya YB Datuk Hj Hadi Awang mahu pun Datuk Hj Nik Aziz Nik
Mat sendiri pun tidak mampu berkata "tidak" kepada DAP.
Saya
akui PAS adalah parti yang penting untuk memberikan "check and balance",
namun kemasukan orang-orang Anwar yang membawa masuk fahaman liberal
Islam dan Islam ala Amerika ke dalam PAS benar-benar merosakkan Islam
PAS. Kata YB Dato' Dr. Hassan Ali, mereka ini semua parasit yang
dihantar Anwar ke dalam PAS.
Lihatlah Mat Sabu seorang yang
bukan berpendidikan agama, dengan dibantu oleh golongan-golongan parasit
Anwar telah memenangkan Mat Sabu. Bukankah parasit-parasit ini yang
bertemu YB Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan memberi nasehat yang salah,
dengan memaksa YB Datuk Nik Aziz Nik Mat mendesak anak buahnya YB Tuan
Man Tuan Ibrahim untuk bertanding Timbalan Presiden PAS.
Bukankah awal-awal lagi YB Tuan Man Tuan Ibrahim berkata kepada media
bahawa beliau tidak hendak bertanding. Akhirnya, YB Nasharudin Mat Isa
ditewaskan, dan berjayalah Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS.
Bertepuk-tanganlah parasit-parasit Anwar dalam PAS dan bertepuk tangan
jugalah DAP kerana Mat Sabu mudah ditunjuk-tunjuk.
Kepimpinan
pemuda PAS ini berkata kepada saya, kita mesti bantu UMNO menang dalam
PRU13 ini kerana Mudarat akan lebih besar kepada negara ini, kepada
agama Islam, dan kepada bangsa Melayu seandainya DAP menang besar dan
menguasai kerajaan Pakatan.
YB Nasharudin Mat Isa sendiri
tidak akan keluar PAS, tidak akan mengisytiharkan diri keluar PAS,
tetapi akan keluar PAS jika dia dipecat. Kerana YB Nasharudin Mat Isa
seorang individu yang bermaruah.
Ketahuilah bahawa kini semakin
ramai pemimpin muda PAS yang masih berada di dalam PAS, tetapi kini
sudah berkempen supaya mengundi UMNO.
Katanya, Apakah perbezaan sekarang, UMNO boleh memimpin BN, sebaliknya PAS tidak mampu memimpin Pakatan Rakyat.
Sebagai pemimpin pemuda PAS, beliau menyeru supaya menangkan UMNO dalam
PRU13 akan datang untuk mengelakkan Kemudaratan yang lebih besar kepada
umat Islam dan bangsa Melayu di tanah air ini.
Bala hasil dari menyokong ANUar dan membenci TUN. Kedudukan MELAYU dan ISLAM kini adalah hasil usaha kamu kamu semua yg tidak kasyaf terhadap perangai buruk ANUar!
ReplyDeleteTebuslah dosa2 kamu kpd ISLAM,MELAYU dan UMNO, yg sentiasa di jln landasan politik yg benar.