Followers

rantau ku sayang

Monday, January 28, 2013

Pengundi mahukan 3 ADUN PR NS dikekalkan di DUN masing masing

RAKYAT DI DUN SIKAMAT, AMPANGAN, PAROI MAHUKAN KETIGA TIGA  PENYANDANG DUN INI DI KEKALKAN SEBAGAI CALON PRU13 . MEREKA MAHU MENILAI DAN MENYAMPAIKAN PESANAN KEPADA KETIGA TIGA ADUN INI DAN MEMBERIKAN KPI AGAR MEREKA TAHU  AKAN PRESTASI MEREKA SEBENAR.

Perasaan tidak sabar sudah terbayang kepada rakyat di ketiga tiga DUN ini kerana mahu menebus kembali kesilapan yang telah mereka lakukan pada PRU13 kerana termakan janji janji palsu dan manis dari pemimpin  Pakatan haram ini. Hari ini mereka menghitung hari menunggu saja hari untuk menghukum ketiga tiga ADUN ini yang tidak memberikan khidmat kepada rakyat.

Walaupun Taufek  ADUN Paroi di katakan akan dipindahkan ke Rembau kerana pengundi Paroi sudah berpatah arang dan pengundi atas pagar telah menolak Taufek kerana sentiasa sibuk dengan sesi ceramah tanpa pedulikan pengundi yang mengundi beliau pada PRU13.

Rashid  Latif juga dikatakan akan tidak disenaraikan oleh PKR kerana prestasi yang paling teruk sekali dikalangan  ADUN PR di Negeri Sembilan. Rashid  juga dikatakan pernah mahu lompat parti jika ada tawaran yang lumayan. Rashid juga di katakan mempunyai tabiat yang tidak baik yang tidak boleh dibuangnya yang sememangnya diketahui ramai.

Aminuddin , walaupun dikatakan akan kekal bertanding di Sikamat akan menlalui jalan yang sukar kerana Aminuddin sepanjang menjadi ADUN di Sikamat langsung tidak membawa sebarang pembangunan.

Barisan Nasional yakin akan dapat menawan kembali  ketiga tiga  kerusi DUN ini.

Cili api bloggers akan menyumbat mereka ini dengan cili setiap hari menjelang PRU13.


No comments:

Post a Comment