Followers

rantau ku sayang

Thursday, January 24, 2013

Jangan Biarkan Anthony Loke menyebarkan fahaman Kristian Di Negeri Sembilan seperti apa berlaku di Penang !!

BishopNgMoonHing
Oleh Kunta Kinte Malaysia
Pemimpin Gereja Kristian di Semenanjung Malaysia menggesa Perdana Menteri mengambil tindakan ke atas ugutan membakar Bible dalam Bahasa Melayu di Pulau Pinang. Dua pemimpin Gereja berbangsa CINA Reverend Eu Hong Seng dan Bishop Ng Moon Hing dilaporkan oleh Malaysiakini.com menggesa Najib melaksanakan apa yang beliau ucapkan (Church group to Najib: Practise what you preach).

Adalah sangat aneh untuk satu kumpulan yang mendakwa ““We are a peace-loving people who will continue to pray for the well being of our great country.” sebenarnya merupakan pihak yang sama sedang membakar api keagamaan di negara ini. Pemimpin kaum Cina Kristian yang mengetuai gereja-gereja di Semenanjung Malaysia tidak boleh menyalahkan sesiapa jika berlaku kekacauan akibat pertelingkahan agama.
ReverendHongSeng

Api pertikaian Kritian-Islam di Semenanjung Malaysia dicetuskan oleh pemimpin Kristian yang tidak langsung mempamerkan sikap tolak ansur dan kasih sayang seprti yang mereka ucapkan. Sejak berdekad lamanya mereka menggesa agar dibenarkan pengredaran Bible Berbahasa Melayu di semenanjung Malaysia dan penggunaan Kalimah Allah menggantikan Tuhan dalam Bible bahasa Melayu yang akan diedarkan.

Setelah sekian lama mereka mengetahui bahawa majoriti umat Islam di negara ini membantah kedua-dua tindakan ini. Namun mereka tetap mencabar status quo sedia ada. Apakah tidak sah Kristian mereka jika perkataan God diganti dengan Tuhan dan bukannya Allah dalam bahasa Melayu? Tidak. Di mana-mana ajaran Kristian di dunia ini perkataan tuhan mereka ialah God, bukannya Allah. Jadi tiada isu jika mereka terus menggunakan perkataan Tuhan atau God sekali pun dalam bible bahasa Melayu.

Mengapa mereka mahu terus mencabar isu ini? Kerana kumpulan ini bukan pentingkan ajaran Kristian yang sebenar. Mereka ada kepentingan politik tertentu. Dalam keadaan sekarang kepentingan politik itu telah terserlah dengan sokongan dan pakatan mereka dengan Pakatan Rakyat untuk menimbulkan huru-hara. Mereka tahu ini merupakan isu sensitif orang Islam dan Melayu tetapi mereka terus menimbulkan kemarahan umum kerana ada udang di sebalik batu.

Tidak perlu dibahaskan lagi sama ada terdapat perkataan Allah dalam injil bahasa Arab. Hakikatnya tiada perkataan Allah dalam Bible bahasa Inggeris menunjukkan bukti jelas bahawa mereka tidak mengiktiraf Allah sebagai Tuhan mereka. Ini berbanding Islam yang mengekalkan penggunaan Allah dalam apa jua bahasa. 

Selama ini pun paderi-paderi kaum Cina ini toidak pernah belajar berdoa dengan memanggil God sebagai Allah. Setiap wawancara dan sidang akhbar yang dibuat juga menggunakan bahasa Inggeris. Jadi sangat aneh untuk kumpulan ini menimbulkan pelbagai polemik untuk menerbitkan Bible dalam bahasa Melayu dan menggantikan God kepada Allah. Kedua-dua tujuan ini jelas dilakukan hanya bertujuan untuk melanggar Perlembagaan Negara yang melarang penyebaran agama lain kepada orang Melayu dan Islam di negara ini.

Apakah tujuan mereka meminta dua perkara ini jika bukan bertujuan melanggar undang-undang negara ini? Dalam masa yang sama mereka mahukan perlindungan undang-undang. Apakah ini jenis agama yang kononnya mementingkan kasih sayang dan tolak ansur tetapi dalam masa yang sama tidak boleh bertolak ansur dengan masyarakat Islam dalam dua isu ini? Ini adalah jenis yang mahu mencari masalah dan mencipta masalah.

Mereka menggesa Kerajaan mengambil tindakan ke atas kumpulan yang mengancam membakar Bible bahasa Melayu di Pulau Pinang. Ini membuktikan satu perkara iaitu memang terdapat pengedaran Bible bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia. Sehingga hari ini pengedaran Bible Bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia merupakan satu kesalahan. 

Sungguhpun Mahkamah membatalkan larangan pengedaran Bible bahasa Melayu di Semenanjung, namun perkara ini telah dirayu ke Mahkamah lebih tinggi. Ini bermakna larangan tersebut masih berkuat kuasa sehingga Mahkamah memuktamadkan pertikaian ini.

Jadi ancaman membekar bible berbahasa Melayu di Pulau Pinang bukanlah satu tindakan jenayah mahu pun menimbulkan kekacauan awam. Sebaliknya, adalah jelas pihak yang mengedar Bible bebahasa Melayu ini yang melanggar undang-undang dan perlu dikenakan tindakan Mahkamah.
Masyarakat Kristian di negara ini tidak harus membiarkan paderi-paderi mereka yang mempunyai sikap Cauvinis Kecinaan menimbulkan sengketa antara Islam dan Kristian. Mereka ini mempunyai agenda untuk menguatkan DAP dan memenangkan Pakatan Rakyat. Mereka bukan berjuang untuk agama Kristian, sebaliknya mereka berjuang untuk parti DAP dengan memperkudakan agama Kristian.

Seluruh penganut agama Kristian harus mengambil masa bermuhasabah diri dan bertanya apakah kerajaan BN sekarang ini menindas mereka, mendiskriminasi penganut kristian atau mereka sedang dijadikan bidak politik oleh DAP untuk kepentingan politik mereka.

Apakah ajaran agama mereka sebenar menuntut mereka bermusuh dengan penganut agama lain atas perkara-perkara yang sebegini? Adakah perkara yang dituntut oleh paderi-paderi Cina ini merupakan tuntutan agama atau tuntuta nafsu serakah?
sumber dan tajuk asal klik sini

Ciliapi Bloggers : Inilah dia jika DAP sudah menguasai sesebuah Negeri , Kristian akan cuba dikembangkan. Anthony Loke ada lah pengamal Kristian yang kuat di Negeri Sembilan menyokong Anthony sama seperti kkta merelakan Kristian untuk disebarkan sebebas bebasnya di Negeri Sembilan.  Menyokong PAS dan PKR juga sama seperti menyokong DAPig .

No comments:

Post a Comment