Followers

rantau ku sayang

Saturday, January 26, 2013

TUHAN ITU BALAS CASH DAN UMI HAFILDA TERIMA BALASAN SETIMPAL DAPAT SUAMI YANG....

syukur Alhamdulillah kerana Umi Hafilda dapat suami yang ensem .....
KUALA LUMPUR: Majlis resepsi persandingan Ummi Hafilda Ali, 45 dengan Dr Zaman Khan, 33, berlangsung meriah dengan dihadiri kira-kira 800 orang jemputan termasuk perdana menteri dan isteri.
Mengangkat tema 'Syurga Khayalan', pelamin indah menjadi penyeri Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari bersejarah pasangan mempelai ini.
Dewan bertambah berseri apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir meraikan hari bahagia pasangan ini.
  • Najib yang berpakaian warna sedondon dengan isterinya tiba di dewan tepat pukul 8.40 malam dan diberi penghormatan oleh hadirin.
Suasana dewan bertukar kepada 'mood' romantis tatkala pasangan mempelai melangkah masuk ke dalam dewan sambil diiringi alunan lagu 'Hero' dendangan Mariah Carey.
Pasangan mempelai ketika diarak masuk ke dalam dewan. 
Terdahulu ketibaan mereka di luar dewan diiringi paluan kompang dan bacaan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Pengantin lelaki yang mengenakan sut hitam kelihatan segak manakala pengantin perempuan tampil jelita dengan gaun putih labuh.
Kemuncak majlis tentunya acara merenjis oleh perdana menteri dan isteri bersama tetamu kehormat yang lain serta ibu pengantin perempuan Che Tom Yahya, 78.
Pasangan ini mula terpaut antara satu sama lain ketika Ummi Hafilda berkunjung ke klinik Dr Zaman untuk mendapat suntikan Vitamin C.
Tetamu 'tercuit' apabila Didie Alias dan Farouk Hussin yang bertindak sebagai pengacara majlis mengusik pengantin lelaki yang disifatkan telah 'menyuntik' hati pesakitnya dalam diam sehingga membawa mereka ke jinjang pelamin.
Ketika makan beradab. 
Artis dan selebriti lain yang hadir termasuk Betty Benafe, Nash, Datuk D.J Dave, Zed Zaidi dan Aznah Hamid.
Ummi Hafilda terpikat dengan suaminya yang merupakan warga Pakistan kerana pandai mengambil hati orang tua terutama ibunya.
Mereka bernikah di Pakistan, minggu lalu.
Mereka sebelum ini dilaporkan akan berbulan madu di Eropah, namun berhasrat menangguhkan niat tersebut kerana Ummi Hafilda mahu memberi tumpuan terhadap kempen pilihan raya umum nanti.
Ummi Hafilda adalah adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan kakak kepada artis Azwan Ali.
Bagimanapun, Azmin dan Azwan tidak kelihatan pada majlis ini.

No comments:

Post a Comment