CHEMBONG, 26 Jan. –Dato’ Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan, Menteri
Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri
Sembilan turun padang bagi melihat sendiri persiapan jentera pilihanraya
ke-13.
Lawatan ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) beliau petang tadi adalah PDM Pedas Tengah dan PDM Kundur Tengah.
Menteri Besar merangkap Pengerusi BN Negeri Sembilan berpuas hati
dengan pembentangan persiapan gerak kerja oleh kedua-dua PDM namun,
pembentangan ini perlu selaras dengan tindakan gerak kerja bagi
memastikan pengundi benar-benar keluar untuk membuat pilihan mereka.
Di dalam ucapan, beliau berkata, “ Penting untuk kerajaan yang ada
kini terus mentadbir kerana kerajaan kini adalah kerajaan yang
benar-benar membantu rakyat terutamanya masyarakat luar bandar. Pilihlah
kerajaan yang betul untuk menstabilkan kerajaan yang ada kini.”
Pengerusi BN itu mengingatkan agar semua jentera supaya bekerja
dengan lebih kuat lagi. Beliau berharap agar jentera pilihanraya
mengadakan program untuk mendekati para remaja dan golongan wanita agar
terus bersama-sama dengan kerajaan BN.
“ Apa yang penting adalah kekalkan perpaduan yang telah terbina sejak
dahulu lagi. Jangan gadaikan maruah bangsa, agama dan tanah air
semata-mata mendengar fitnah dan janji-janji kosong pembangkang. Inilah
satu-satunya kerajaan yang akan membela kesejahteraan hidup rakyat
terutamanya masyarakat luar bandar,” tegas beliau.
Beliau turut menyampaikan anugerah kecemerlangan UPSR dan PMR 2012
kepada pelajar yang cemerlang serta sumbangan kepada surau dan masjid di
Pedas Tengah dan Kundur.
Turut hadir, YB Tuan Hj Khairy Jamaludin Abu Bakar, Ahli Parlimen
Rembau merangkap Ketua Pemuda UMNO Rembau dan Malaysia, Dato’
Zaifulbahri bin Idris, Adun Kawasan Chembong, Pemangku PDM Pedas Tengah,
ketua PDM Kundur.
SUMBER
No comments:
Post a Comment