BERCAKAP tentang
keputusan Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan bercanggah dengan
Pakatan Rakyat minggu lepas mengenai penggunaan kalimah Allah oleh pihak
Gereja ini, penulis yakin Anwar sebagai kaki kencing nombor satu di
Malaysia ini tak sangka bahawa akhirnya dia pun dikencing oleh parti
yang kononnya dikuasai para ulama dan ‘anbia’ ini.
Ambik kau, biasa kau je kencing orang kan, apa rasa bila sendiri kena kencing?
Baru minggu lepas sahaja Anwar serah
penghargaan kepada Hadi untuk baca keputusan Pakatan Rakyat untuk
menyokong penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja ini. Ini bukan
perkara kecil tau, Anwar patut jadi jurucakap Pakatan Rakyat, bukan
Hadi, maklum sajalah, dia yang diwar-warkan nak jadi PM (bukan Hadi)
kalau Pakatan ini menang.
Tapi sebab yang bikin kecohnya PAS,
kepada PASlah diserahkan microfon oleh Anwar untuk menjelaskan isu
tersebut. Dah elok-elok semua orang faham Pakatan ini bersetuju
Kristian boleh guna kalimah Allah dalam bible ke, dalam majalah ke,
alih-alih, semalam sudah tukar!!
Penulis tak taulah apa Anwar nak buat
selepas ini. Tapi mengenal kaki temberang ini, penulis yakin Anwar akan
ada sahaja jawapan yang boleh diberikan kepada penganut Kristian yang
rata-rata sudah mula cuak balik semula bila PAS buat U-turn.
Khabarnya, Bible bahasa Melayu dengan
nama Allah di dalamnya (bagi menggantikan nama tuhan) sudah siap di
cetak, tunggu nak edar sahaja. Apa nak dibuat dengan kitab
banyak-banyak ni bila sudah berlaku percanggahan.
Memanglah PAS yang buat keputusan tapi
sebab PAS adalah satu dari 3 parti yang bentuk Pakatan Rakyat, maka
keputusan PAS ini sudah tentu ada significantnya. Paling tidak di
negeri-negeri yang Pakatan haram ini bekerjasama untuk perintah.
Dan ini bukan calang-calang tau, Majlis
Syura Ulama, badan tertinggi PAS kalau diikut dalam perlembagaannya.
Walaupun keanggotaannya tidak dipilih secara demokrasi tapi dia yang
paling berkuasa. Hanya taraf ulama sahaja boleh masuk, Mat Sabu,
Salehudin Pudu dan Mahfuz pun tak lepas sebab bukan ulama.
Kita tengok sajalah lepas ini, siapa
besar, Hadi ka, Nik Aziz ka, Majlis Syura ka, Anwar ka atau Pakatan
Rakyat itu sendiri. Percanggahan macam ini bukan baru, banyak berlaku
dah walaupun katanya berpakat Pakatan Rakyat. Siapa yang bodoh boleh
percayalah benda ni.
Cuma penulis nak kempen disini, keputusan ini, U-turn ke, B-turn ke, tidak ada kesan kepada UMNO dan BN. Yang penting kita stay
tidak setuju, puak ini nak kejap setuju, sekejap tidak, lantaklah dia.
Jangan Nik Aziz claim UMNO ikut dia sudah, Nik Aziz, tahu sajalah, dah
nyanyuk.
Penting untuk rakyat lihat semula Pakatan
apa macam ini? Minggu lepas cakap lain, minggu ini cakap lain, minggu
depan bisu terus!! Ini ke yang nak kita rakyat serahkan tampuk
pemerintahan negara? Baru serah negeri pun dah berterabur macam-macam,
nak serah negara lagi.
Pooraahhhhhhh,
No comments:
Post a Comment