Satu maa baru baru ini kita dihidangkan dengan “drama” di Parlimen di mana
Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke cuba mempertahankan Mursyidul Am PAS,
Nik Aziz Nik Mat yang “diserang” oleh Wakil Wanita dan Presiden MCA
sendiri di dalam Mesyuarat Agong MCA 2012, di mana mereka menyelar
gesaan Mursyidul Am tersebut supaya merogol wanita yang tidak menutup
aurat. Watak yang dimainkan oleh Anthony Loke ternyata sedikit sebanyak
cuba untuk memberikan imej yang baik kepada DAP yang sering dilabel dan
amat kelihatan sekali sikap rasis yang sering dimainkan sejak sebelum
Merdeka.
Begitu sayangnya Ketua Pemuda DAP ini kepada Mursyidul Am PAS
melebihi pemimpin partinya sendiri. Manakan tidak, sewaktu Setiausaha
Agung DAP diserang dengan perkataan “Cocky, Arrogant and a Tokong” oleh
Dr Mansor Othman, tidak sedetikpun beliau bangun untuk mempertahankan
Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan daripada tuduhan Timbalannya itu.
Mana perginya pembelaan Ketua Pemuda DAP ke atas Bossnya sendiri?
Tidakkah menjadi satu pertanyaan kepada orang-orang Islam, apakah
helah yang cuba dimainkan oleh Anthony Loke? Beliau tidak cuba membela
Lim Guan Eng ketika Bossnya diserang. Beliau juga mengambil sikap
berkecuali apabila perlaku pertelingkahan di antara Nik Aziz Nik Mat dan
Karpal Singh di dalam isu “Langkah Mayat Karpal Singh dulu sekiranya
ingin melaksanakan hudud!” Apakah Anthony Loke berhasrat inigin memegang
jawatan sebagai Presiden Kelab Penyokong PAS Malaysia?
Drama yang meruntun hati ini tidak berakhir di situ. Selang beberapa
hari selepas kejadian di atas, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan
telah menghantar surat penghargaan seperti di bawah. Bukan mudah bagi
seorang Menteri Besar untuk mengeluarkan sepucuk surat penghargaan
kepada seorang pemimpin DAP. Mungkin ini kali pertama di dalam sejarah,
siapa tahu. Betapa Mursyidul Am PAS ini begitu teruja dan kagum dengan
sikap dan perbuatan pemimpin DAP di dalam membelanya dapat dilihat
daripada bait-bait ayat yang puitis yang dihantar.
Tambah memilukan perasaan apabila Anthony Loke dengan penuh perasaan
mengucapkan terima kasih khasnya di dalam laman sosial Facebook beliau
seperti di bawah. Apakah ucapan-ucapan yang Anthony Loke tulis bersifat
ikhlas atau sekadar untuk mengelirukan dan bermain drama dengan sentimen
orang-orang Melayu Islam di Malaysia.
Saya amat terharu dan dengan perasaan penuh rendah diri menerima surat penghargaan dari Pejabat YAB Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkenaan kenyataan saya di Parlimen beberapa hari lepas. Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun! Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz! Semoga Tok Guru sentiasa dalam keadaan yang sihat dan dipanjangkan umur untuk terus memimpin PAS dan PR! – Anthony Loke.
Walau apapun drama lakonan yang cuba dimainkan oleh PAS dan DAP,
Rakyat umumnya sudah muak dengan sifat kepura-puraan DAP yang kononnya
memperjuangkan orang-orang Melayu Islam di Malaysia. Sifat anti Melayu
yang cuba mereka sembunyikan selama ini kelihatan sulit, ibarat busung
nanah yang akan pecah pada bila-bila masa. Orang-orang Melayu Islam juga
mula muak dengan sikap PAS yang mengadaikan Islam dengan bekerjasama
dengan DAP. Satu demi satu arah perjuangan asal mereka ditinggalkan.
Dari Negara Islam kini hanya tinggal Negara Berkebajikan. Rakyat atas
pagar yang selama ini menyokong perjuangan PAS untuk menegakkan hukum
Islam seperti hukum Hudud kini kecewa dengan tolenrasi dan sikap tolak
ansur mereka dengan DAP. Rakyat berbangsa Melayu Islam mula muak dengan
sikap PAS untuk berkuasa.
PAS silap strategi apabila berkerjasama dengan DAP! Kemenangan PAS
yang agak besar pada PRU12 yang lalu bukan kerana pengundi cina DAP
tetapi kerana pengundi Melayu yang kecewa dengan Mantan Perdana Menteri
Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) dan anggapan bahawa Pak Lah terlalu
lemah mengawal kerajaan dan gerakan keluarganya. Orang UMNO juga ramai
yang memberi undi kepada pembangkang kerana marahkan Pak Lah. DAP hanya
menangguk di air keruh atau memasang lukah di pergentingan. Di dalam
PRU13 yanga akan datang, penulis yakin PAS akan dihukum oleh pengundi
Melayu atas pagar kerana PAS keterlaluan memihak kepada cina DAP.
Anthony ini lah syaitan sebenar dan yang paling besar sekali yang bermuka muka untuk menipu dan kelabui mata rakyat di Negeri Sembilan . Anthony Loke ini lah yang menyamar sebagi sahabt pada Islam wal hal adalah musuh dalam selimut. Awas Negeri Sembilan jangan sampai kita ditipu oleh orang macam Anthony Loke ini.
No comments:
Post a Comment