Followers

rantau ku sayang

Tuesday, January 15, 2013

Pewiittt.....Abby risau takut tak boleh selamatkan rakan artis sebelum kiamat

KUALA LUMPUR: Pelakon wanita yang baru ‘berhijrah’ serta kini aktif dipentas-pentas ceramah politik, Abby Abadi meluahkan kerisauan yang timbul dalam dirinya sejak berhijrah sekiranya tidak sempat menyelamatkan rakan-rakan artisnya sebelum hari kiamat.
Menurut kata Abby yang dipetik dari sebuah portal hiburan, Abby menegaskan dunia hiburan dan lakonan ketika ini sudah tidak sama-sekali mengikut tuntutan syariah Islam.

Justeru, dalam ceramah Ibu tunggal itu ketika program Bicara Hijrah Selebriti (Bersama Abby Abadi) pada 21 Oktober lalu, Abby menegaskan dunia artis sekarang semakin melalaikan.
Menurut Abby lagi, itu juga adalah salah satu tanda-tanda akan berakhirnya zaman ini.
“Bilamana saya sudah berada didalam keadaan sekarang ini, apa yang saya lihat terhadap rakan-rakan saya (artis) buat sekarang ini memang langsung tidak mengikut Syariat Islam lagi. Jadi situasi industri hiburan yang macam ni memang sangat menakutkan saya.
“Maknanya sebagai contoh tak kira la dia tu isteri ataupun suami orang ke main belasah je sesuka hati kelakuannya semata-mata mahu mengikut skrip. Bila saya tengok macam ni memang tak ikut undang-undang Islam dah,”
katanya.
Disebabkan semakin banyak rakan-rakan artisnya yang lain tidak lagi mengendahkan tuntutan Islam, Abby merasakan tanggungjawabnya untuk mengajak kembali mereka kepada ajaran Islam yang benar.
Abby turut meluahkan kerisauannya jika dia tidak sempat untuk berbuat demikian sebelum tibanya hari pembalasan kiamat.
“Saya rasa macam dah jadi satu tanggunjawab yang besar bagi diri saya untuk menyedarkan rakan-rakan artis. Risau sangat saya, sempat ke saya nak selamatkan rakan-rakan saya ini sebelum kiamat?”
Cili api kasi cili sikit mulut Abby: Abby ko selamatkan diri ko aja dulu sebab neraka dah dekat dengan ko.

3 comments:

  1. dia tu dah confirm selamat ke

    ReplyDelete
  2. Abby:

    Kalau kau nak 'selamatkan' rakan2 artis kau.., buat aper kamu berceramah kat makcik2 & pakcik2 kat kampong2 tu?
    Kau susunlah program dengan SENIMAN ker.., PAPITA ker..., dah berceramah & nasihatkanlah kawan2 artis ko tu.
    Kalau kau nak kedarah ayam.., apsal pulak ko pi sembelih lembu..?

    ReplyDelete
  3. dia cemburu tu..meroyan dah tak ada anak ikan..memang pesen dia ni perasan..

    ReplyDelete