Followers

rantau ku sayang

Thursday, June 26, 2014

CEO Petronas Patut Letak Jawatan & Buat Syarikat Sendiri!!

690dd33f014c4f0da09c12ae70e33021_XL

MEMBACA rungutan CEO Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas dalam temubualnya dengan majalah The Edge, penulis mula rasa orang Melayu ini seakan tidak boleh diberikan jawatan tinggi, mesti lupa daratan sebab dah anggap diri tu macam besar sangat walaupun jawatan itu sebetulnya atas ehsan kerajaan yang memerintah.

Yang buat penulis berpandangan begitu sebab antara lain, Shamsul secara terbuka menyalahkan pemimpin-pemimpin UMNO kerana kononnya campur tangan dalam urusan Petronas, terutama bila Petronas dibawah pentadbirannya, menghadkan dividen yang dibayar syarikat itu kepada kerajaan, pada kadar 30% setahun walaupun keputusan itu mendapat bantahan beberapa pemimpin UMNO yang ikut katanya mahu ‘lebih lagi’.

Siapakah pemimpin yang dimaksudkan, tidak pula disebutkan Shamsul tapi yang nyata bukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disahkan oleh Shamsul sendiri dalam temubual tersebut tidak banyak campur tangan dalam urusan Petronas.  Shamsul hanya mengkategorikan mereka ini sebagai birokrat politik dari kerajaan.

Persoalannya sekarang, Shamsul sudah lupakah bahawa Petronas adalah syarikat milik kerajaan?  Kalau kerajaan tidak boleh masuk campur dalam syarikat yang dimilikinya sendiri terutama dalam soal polisi, siapa yang boleh?

Menafikan hak kerajaan untuk masuk campur dalam Petronas adalah satu kesilapan Shamsul kerana selain memiliki syarikat tersebut, kerajaan juga banyak membantu Petronas terutama dalam soal mendapatkan hak penerokaan minyak di luar negara yang sebahagian besarnya berjaya kerana hasil hubungan baik kerajaan kita dengan kerajaan negara luar yang berkenaan.

Kesilapan Shamsul yang lain ialah bila menganggap Petronas adalah ‘penjaga’ hak minyak di Malaysia.  Itu silap, penjaga yang sebenarnya ialah kerajaan yang dipilih rakyat dalam pilihanraya, Petronas hanya sebagai agensi perlaksana dasar-dasar petroleum negara mengikut Akta Petroleum 1974 yang digubal di Parlimen oleh wakil-wakil rakyat aka orang politik.

Malah, sama ada suka atau tidak, perlantikan Shamsul sebagai CEO Petronas itu sendiri pun adalah kerana campur tangan politik!!

Kalau bukan kerana UMNO/BN yang memerintah, pasti ramai lagi nama Cina, India atau nama orang asing yang lebih layak untuk mengisi tempat tersebut berbanding Shamsul.  Memang Shamsul ada pengalaman dalam bidang petroleum, tapi majoriti pengalaman Shamsul pun datang dari syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan Malaysia juga.

Antaranya Petronas sendiri dan MISC.  Kenapa kaitan dengan kerajaan Malaysia ini penting kerana dasar kerajaan yang memberi keutamaan kepada orang Bumiputera.  Itu yang dapat pengalaman banyak tu, kalau nak harap syarikat asing, nak ke mereka beri tempat pada Shamsul?

Lupakan sajalah.

Kalau ikut merit, kerajaan patut ambil bekas-bekas CEO syarikat minyak dunia yang lebih besar dan berjaya seperti Shell dan sebagainya untuk dilantik ke jawatan itu, tapi ia tidak berlaku kerana UMNO memberi keutamaan kepada Melayu/Bumiputera, dan sekarang Shamsul nak menuduh UMNO macam-macam?

Jadi jangan bangga sangatlah dengan jawatan itu kerana jika bukan kerana UMNO, Shamsul mungkin tanam ubi belakang rumah saja, buat menghabiskan masa.

Sebetulnya ada banyak lagi penulis nak kupas ni, terutama tuduhan Shamsul bahawa orang Melayu hanya bergantung kepada pemberian dan suapan untuk mendapatkan projek di Petronas – ini betul kurang ajar, sebab itu kena ada satu artikel khas untuk membincangkan hal ini sahaja.

No comments:

Post a Comment