Followers

rantau ku sayang

Thursday, June 26, 2014

Pemilihan 'Berdarah' PKR Bakal Tamat Menjelang Ramadhan....

Pemilihan berdarah Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka berakhir dalam masa terdekat berikutan tibanya bulan Ramadhan bagi tujuan beramal.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia diperkukuhkan lagi dengan menjelangnya Syawal iaitu hari untuk bermaaf-maafan.

"Ia akan berakhir pada 28 Jun selepas itu kita berpuasa, beramal dan berhari raya," katanya tersenyum sinis kepada pemberita dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat exco kerajaan negeri di pejabatnya hari ini.

Beberapa hari lepas berlaku kekecohan pada pemilihan PKR di beberapa tempat termasuk di cabang Kuala Langat berikutan wujud sedikit rasa tidak puas hati dalam kalangan anggota PKR yang mendakwa sistem pengundian parti itu tidak menyediakan maklumat terperinci mengenai calon yang bertanding.

Malah pertelingkahan dan insiden baling kerusi yang tidak terkawal itu telah menyebabkan salah seorang dari perwakilan cabang cedera parah di bahagian kepala.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai desakan meletak jawatan dan gerakan menjatuhkan beliau oleh beberapa pihak dikalangan pemimpin parti termasuk rakan di dalam pimpinan Pakatan Rakyat, Khalid dilihat enggan mengambil serius mengenai perkara tersebut.

"Tiada perbincangan pernah dibuat di dalam exco negeri," kata Khalid yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang. 

No comments:

Post a Comment