Followers

rantau ku sayang

Thursday, June 26, 2014

MB Selangor: Khalid tetap tunjuk steady walaupun goyang

Walaupun ada pihak yang merasa kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor kini sudah dihujung tanduk tetapi beliau tetap tunjuk steady dan tidak peduli apa orang cakap.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin tentulah nak tahu apa reaksi pada kenyataan beliau Selasa yang mengambarkan Khalid sudah bungkus.

Ditanya dalam sidang akhbar yang diadakan sejurus selesai mempengerusikan mesyuarat exco pada Rabu,Khalid menepis begitu saja dengan berkata ," “Kami di dalam mesyuarat exco tidak mengambil masa untuk membincangkan soal itu.”

Shamsul dalam kenyataannya seolah ingin menyampaikan mesej jelas kepada Khalid.Katanya Pakatan Rakyat sudah sepakat mahu tukar Menteri Besar Selangor.

Untuk rekod, PKR sebelum ini lantang meminta Khalid untuk melepaskan jawatannya itu ekoran beliau dilihat kerap mengambil keputusan membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Ditanya mengenai perkembangan kes rampasan bible Januari lalu melibatkan Persatuan Bible Malaysia (BSM) pula Khalid berkata beliau, kerajaan negeri sedang menunggu arahan daripada pihak Peguam Negara untuk menentukan tindakan selanjutnya.

 “Saya akan dapatkan laporan itu dahulu dari pihak peguam negara, selepas itu baru saya boleh beritahu tindakan apa yang akan diambil (sama ada pulangkan semula bible atau lupus).

“Bible itu sekarang masih ada di bawah jagaan JAIS, kitab itu tidak dilupuskan,” katanya lagi.

Sebelum ini, Sultan Selangor Sultan Saharafuddin Idris Shah telah menitahkan JAIS segera merujuk kepada pihak pendakwaan untuk memutuskan sama naskhah Bible yang dirampas akan dipulangkan atau dilupuskan.

Titah berkenaan selari dengan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara, agar JAIS bertindak mengikut undang-undang.

No comments:

Post a Comment