Followers

rantau ku sayang

Sunday, June 22, 2014

Nasib Khalid Di Tangan Pakatan Rakyat

Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan khabar angin bahawa sekutu Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu PAS dan DAP menolak kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Tiada sebarang pendirian rasmi. Sebarang keputusan untuk mengekalkan atau perubahan hanya akan diputuskan selepas perbincangan dengan parti Pakatan Rakyat dan melalui rundingan dengan Tuanku (Sultan Selangor)."Itu hanya khabar angin. Kami akan mengadakan perbincangan sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan di Pusat Penambahbaikan Demokrasi dan Inisiatif Sosial di Puchong.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan dalam laman sosial bahawa pemimpin DAP dan PAS mendesak Khalid untuk meletak jawatan selepas didakwa gagal menangani isu rampasan Bible, lebuh raya Kidex dan masalah air di Selangor.

No comments:

Post a Comment