Followers

rantau ku sayang

Wednesday, June 25, 2014

110 Soalan Kerajaan Kepada Pengerusi BERSIH

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Maria Chin Abdullah disoal 110 soalan dari Peguam kanan persekutuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Soalan yang diutarakan berkaitan penglibatannya bersama jawatankuasa pemandu BERSIH, penglibatan Unit Amal PAS dalam perhimpuanan anjuran BERSIH, jumlah mesyuarat yang diadakan sebelum penganjuran himpunan BERSIH dan banyak lagi.

Sesi soal balas dijangka tidak dapat dihabiskan pada waktu mahkamah dan berkemungkinan dipanjangkan sehingga di luar waktu kerja.

Sesi soal jawab yang bermula sejak pagi berhenti setelah Peguam Kanan Persekutuan Normasutra Ayub meminta mahkamah untuk berehat.

Beliau yang mewakili kerajaan dalam sebuah saman Sivil menjelaskan sesi soal balas telah berlangsung selama dua jam.

Hakim Datuk John Louis O'Hara menangguh perbicaraan pada jam 5 petang selepas Normasutra selesai mengajukan soalan ke-83.

No comments:

Post a Comment