Followers

rantau ku sayang

Tuesday, June 24, 2014

Hapuskan Bible Melayu Demi Maruah Islam

alt
Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) Selangor memohon ke bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar menggunakan kuasa baginda selaku Ketua Agama Negeri menitahkan agar penerbitan kitab Bible berbahasa Melayu dan Iban yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Januari lalu dilupuskan demi menjaga maruah umat Islam di negara ini.

Timbalan Setiausaha Agung PERKASA Selangor, Shamsudin Munir berkata, pihaknya turut menyatakan sokongan penuh terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang bertindak tegas mengikut Enakmen ‎Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

"Kita mohon kepada DYMM Tuanku, Sultan Selangor menggunakan kuasa sebagai Ketua Agama, kita mohon perkenan, kita persembahkan Tuanku bertitah supaya Bible yang dirampas ini dilupuskan dan dibakar bagi menjamin maruah umat Islam.

"Kalau tidak, mereka akan mudah mencetak dan edarkan kepada orang Melayu tanpa sekatan yang bermakna Islam telah dihina dan hilang daulatnya di bumi Selangor.

"Tindakan JAIS dan MAIS sebelum ini yang merampas Bible adalah merupakan satu tindakan yang menurut undang-undang, perlembagaan dan mengikut keputusan mahkamah," katanya ketika berucap di Perkarangan Istana Kayangan, di sini, hari ini.Beliau turut mendesak agar empat Ahli Parlimen PAS di buang negeri berikutan kenyataan mempertikaikan tindakan JAIS dan MAIS berhubung rampasan Bible.

"Ahli Parlimen Shah Alam, Sepang, Kota Raja dan Hulu Langat telah membuat kenyataan biadap dengan meminta supaya Dewan Negeri pinda perlembagaan negeri supaya kuasa MAIS dan JAIS dikurangkan.

"Ini bermakna dia desak supaya kuasa sultan dikurangkan, Sultan tidak boleh campur tangan dalam hal agama, Sultan bukan lagi Ketua Agama. Kita mohon supaya empat ahli parlimen ini di buang negeri dan keluar daripada Selangor. Mereka tidak layak duduk di bumi Selangor," katanya.

Shamsudin turut menyelar tindakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang tunduk kepada ‎tekanan dan tidak mempertahankan kalimah Allah.

"Kita minta Peguam Negara juga kalau sebelum ini dia menolak hujah JAIS untuk mendakwa Persatuan Bible Malaysia (PBM) kerana mencetak Bible dalam Bahasa Melayu dengan keputusan mahkamah sudah muktamad, maka persatuan itu sudah melanggar peraturan undang-undang negeri Selangor serta perlembagan persekutuan.

"Kita minta peguam negara tarik semula keputusan untuk menyerahkan Bible.

"Sepatutnya Peguam Negara sebagai seorang pemimpin orang Islam mesti mempertahankan Islam, mempertahankan kalimah Allah tetapi apabila JAIS bertindak peguam negara lepas tangan. DYMM Tuanku dimohon agar lucutkan jawatan beliau," katanya.

No comments:

Post a Comment