Followers

rantau ku sayang

Thursday, June 26, 2014

PM Umum Nama Baru Panda Xing Xing, Liang Liang

KUALA LUMPUR 25 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  mengumumkan nama dua beruang panda yang menjadi ikonik hubungan antara Malaysia dengan China sempena ulang tahun persahabatan kedua-dua buah negara.

Najib Tun Razak berkata, dengan kehadiran pasangan panda di Zoo Negara bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat umum bagi mendekati spesis ini.

"Saya tahu mereka mempunyai nama China tapi kita juga mahu memberikan nama Malaysia kepada pasangan panda ini kerana pasangan ini akan berada di Malaysia selama 10 tahun. Suka cita saya umumkan nama yang telah dipilih untuk pasangan Giant Panda ialah Xing Xing yang bermaksud 'Prosperity' (panda jantan) dan Liang Liang 'Pretty' (panda betina).
"Untuk pasangan Giant Panda ini sebagai satu langkah menambahkan lagi bilangan pelawat-pelawat dan mengambil kita bahawa ingin mengambil peluang yang seluas-luasnya kepada semua golongan," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Konservasi Giant Panda dan Sambutan Ulang Tahun ke 50 Zoo Negara, hari ini.Turut hadir pada majlis ini adalah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel, dan Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang.

Tambah beliau, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kemasukkan kepada golongan kanak-kanak, warga emas, anak-anak yatim di rumah kebajikan dan warga kurang upaya (OKU) selama 30 hari.

"Kerajaan bersetuju bahawa lawatan ke Pusat Konservasi Giant Panda ini akan diberikan secara percuma kepada kanak-kanak, warga emas, anak-anak yatim di rumah kebajikan dan warga kurang upaya (OKU) selama 30 hari bermula daripada 28 Jun ini," katanya.

Beliau menambah projek konservasi panda ini merupakan kerjasama dua hala antara Malaysia dan China, dan ianya merupakan penghormatan buat Malaysia selain mencerminkan hubungan erat kedua-dua negara.

"Saya difahamkan sehingga kini China telah menghantar hanya 23 ekor panda ke 14 buah negara sahaja. Justeru sudah pasti penghantaran ini menjadi simbol dan lambang persahabatan yang kukuh bagi kedua-dua negara sejak zaman dahulu lagi," katanya.

Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor kemudian melawat pusat konservasi itu dan menandatangi plak perasmian sebelum memberi makan kepada pasangan panda gergasi itu.

Pasangan Giant Panda yang tiba pada 21 Mei lalu dengan menaiki pesawat penerbangan khas, MH6462 MASKargo, dari pangkalan panda gergasi di Dujiangyan, Chengdu, China.

Pasangan panda gergasi yang menjadi simbol hubungan diplomatik 40 tahun antara Malaysia dan China  dan akan berada di sini untuk sedekad menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi. 

No comments:

Post a Comment